Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Thursday, November 25, 2010

Borang Pencalonan PERSIAP Sesi 2011/2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar perubatan tahun 3.

Dimaklumkan bahawa organisasi PERSIAP Sesi 2010 akan menamatkan sesi perkhidmatan tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, PERSIAP kini membuka borang pencalonan bagi sesiapa yang ingin menjadi organisasi PERSIAP bagi sesi 2011/2012.

Bagi tahun 3, 2 kerusi akan dipertandingkan. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mendapatkan borang pencalonan daripada:

Khairul Azreen=Setiausaha Agong PERSIAP
Nurulina Aimi=Naib Setiausaha Agong PERSIAP

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Disember 2010.

Terima kasih.

Monday, November 22, 2010

Seminar Keusahawanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Disebabkan ada masalah yang x dapat dielakkan, tarikh seminar keusahawanan telah diubah dari 27 November 2010 ke 4 Disember 2010

Diingatkan bahawa setiap batch perlu menghantar 20 peserta pada tarikh berkenaan. Kalau lebih lagi baik.

Sekian.

Sunday, November 21, 2010

Dialog Kebajikan PERSIAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Tema: “Mahasiswa prihatin, kebajikan terjamin”

Tempat: Auditorium PPUKM

Tarikh : 23/11/2010 (Selasa)

Masa: 8.00malam-11malam


Matlamat program ini adalah untuk memberi maklumat mengenai hal-hal berkenaan kebajikan yang seringkali menjadi persoalan para pelajar yang jarang disalurkan kepada pihak-pihak berkenaan dengan lebih efektif supaya penambahbaikan serta persoalan yang bermain difikiran para pelajar terjawab. Selain itu, segala masalah dan kekangan yang dihadapi oleh unit kebajikan dan pihak pengurusan kolej dapat difahami dan diterima oleh para pelajar.


Diharap anda dapat hadir demi kebaikan dan penambahbaikan kebajikan mahasiswa di masa hadapan.

Sekian..

Monday, November 15, 2010

Hari Keusahawanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Perhatian kepada semua pelajar tahun 3, setiap batch dikehendaki menghantar 1 kumpulan untuk Pertandingan Usahawan Berjaya yang akan berlangsung pada 20 November ini. Sila baca poster untuk syarat2 penyertaan.

Untuk seminar keusahawanan setiap batch dikehendaki menghantar 20 orang wakil.

Sesiapa yang berminat boleh beri nama kepada Faizah Zabawi (012-2256289)

Sunday, November 14, 2010

Thursday, November 4, 2010

Monday, November 1, 2010

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.