Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Monday, November 30, 2009

Selamat Kembali

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Selamat memasuki semester 4 atau semester 2 Tahun 2..


Result peperiksaan untuk semester 1 Tahun 2 telah di tampal pada papan kenyataan di pejabat akademik Tingkat 2 blok E.

Tahniah kepada nama-nama yang terdapat pada kertas tersebut
Kepada sesiapa yang hanya diwakili oleh nombor,
jangan berputus asa.
Ada hikmah disebalik setiap yang berlaku.
Tidak tercapai akal kita untuk memikirkannya.



لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Kepada yang lulus juga jangan terlalu senang hati....

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Semasa anda melihat result tersebut bagus juga kiranya anda melihat senarai nama PBL yang baru kerana sekali lagi senarai nama PBL telah diubah tetapi sedikit sahaja yang diubah.

Lihatlah sendiri!!! Saksikan dengan mata kepala anda sendiri.
Gambar tiada kaitan... saje je letak

Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Selamat Menyambut Hari Aidil Adha


Wednesday, November 18, 2009

OPKIM

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia



Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) merupakan satu program tahunan anjuran Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UKM (PERSIAP) yang melibatkan aktiviti seperti program-program kemasyarakatan yang memerlukan mahasiswa keluar dari pagar universiti untuk berkhidmat kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung


Pada kali ini, program ini akan dijalankan di pulau Langkawi bertempat di kampung Nyior Cabang dengan bertemakan "Ikatan Terjalin, Kesihatan Terpimpin"


Ikuti perjalanan OPKIM di blog
opkim0813.blogspot.com



Bagi peserta OPKIM anda dikehendaki melawat blog tersebut untuk melihat senarai nama runners, senarai nama untuk bas senarai persembahan dan macam2 lagi.


Bukan selalu dapat berdikir barat, bersilat, berlakon, dan menyanyi.


Diharap agar semua dapat menjaga tingkahlaku semasa berada di tempat orang dan tidak melakukan perkara yang akan merosakkan imej kita

Akhir kata semoga program ini berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Minta dijauhkan segala bencana alam dan kemalangan


Semoga semua peserta OPKIM dapat pulang dengan selamat dan membawa seribu kenangan indah setelah bersusah payah menjayakan program tersebut


Selamat berOPKIMan.

Wednesday, November 11, 2009

Senarai nama PBL

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Atas permintaan ramai kumpulan PBL telah diubah semula dan tidak lagi mengikut lab

Tiada lagi alasan bosan tengok muka sama ari2

Diharap semua pelajar dapat menyemak semula senarai nama tersebut dan memastikan kumpulan PBL anda untuk semester akan datang

Jangan tersalah masuk PBL lak sem depan

Senarai nama boleh dilihat pada papan kenyataan di hadapan pejabat.


Di samping itu juga pelajar dikehendaki melihat senarai nama untuk ospe dan osce untuk selasa akan datang dan memastikan kumpulan anda dan pukul berapa kumpulan anda akan bermula.

Pemberitahuan : Bagi pelajar yang menetap di KTSN, anda tidak perlu mengosongkan bilik semasa cuti semester tetapi pastikan bilik dalam keadaan berkunci dan selamat untuk ditinggalkan.

Sekian saja ... selamat maju jaya dalam menempuh peperiksaan dan selamat bercuti tidak lupa juga berOPKIMan

Saturday, November 7, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..


Semoga berjaya dalam menempuh peperiksaan


Mana satu adalah anda??


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket





Walau macam mana pun keadaan anda...

Semoga dipermudahkan segala urusan

Semoga diberi ketenangan semasa menjawab soalan

Semoga mendapat keputusan yang cemerlang


Usaha sudah
doa lagi la sudah
pasni tinggal tawakkal je
dapat result nnti redha je la dengan apa yang dapat
Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya


Sekian.....

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.