Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Wednesday, June 24, 2009

Selamat Memasuki Tahun 2 Sesi 2009/2010!!

Salam dan selamat sejahtera..Selamat memasuki semester baru dan selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar batch 08/13 fakulti perubatan.. Semoga dapat mengekalkan rentak kecemerlangan pada sem-sem akan dtg dan menempuh tahun terakhir pra-klinikal dengan jayanya..


Berikut merupakan jadual pada hari Isnin, 29 Julai 2009:-

8-10 pagi: Briefing from dean, deputy dean, module coordinator sem3 & 4

10-11 pagi: Lecture 1- Haemopoiesis (Dr. Raja Zahratul Azma Raja Sabudin)

Semua kat DK1...Then, no class.....jadual akan diberikan sewaktu di dewan kuliah..

After class pukul 11, smua tolong stay back jap. ada pemilihan ketua bba yang baru.. fikir2kanla calon anda...

selamat belajar to all.. jangan tensyen2...jangan stress2...relax sudahh......

Saturday, June 13, 2009

Good Luck For Reseat Student!!!!

Good Luck For All Reseat Students!!!! You all can do it! Berusaha bersungguh-sungguh, dan tawakal kepada Allah..InsyaAllah berjaya..


Jangan tension2......Jangan frust2..

Jangan risau2...Jangan gentar2...

Kawal emosi anda....

Kawal diri....Ingat Allah..Jgn ikut hati....

Dah x leh study, renggangkanla bdn dulu....

Lagi......

Dan lagi......

Dan lagi..........

Last sekali...
Kalu x leh study gak, pggil member....wt cmni...

Gud luck!! Wishes all the best to all of u....----PERSIAP-----


Friday, June 12, 2009

Perjumpaan Prof Shahrir Bersama Student Reseat

Pada 10 Jun yang lalu, satu perjumpaan bersama penasihat II PERSIAP, Prof Madya Dr. Shahrir Mohamed Said telah diadakan di surau D KTSN dengan pelajar-pelajar reseat sesi 2008/2009. Perjumpaan selama dua jam ini dipengerusikan oleh saudara Oden, SUA PERSIAP.

Perjumpaan ini dimulakan dengan Prof Shahrir memberikan gambaran mengenai situasi sebenar yang dihadapi oleh pelajar reseat ini, yang beliau gelarkan sebagai "Kegagalan Sementara". Beliau mengesa pelajar2 supaya membuka buku baru pada sesi hadapan dan tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama.

Prof shahrir kemudiannya bertanyakan kepada setiap pelajar mengenai masalah mereka. Antara masalah yang dilihat oleh prof ialah:

a) Masalah spot soalan. Beliau melihat ramai pelajar yang gemar memberi fokus terhadap sesuatu bab dan tidak mempedulikan bab yang lain. Beliau menasihatkan, lebih baik tahu semua bab sikit2, rather than tahu satu bab tu 100%, tetapi mengabaikan bab yang lain.

b) Takut jumpa lecturer. Beliau melihat hubungan antara pelajar dan lecturer di Malaysia bagaikan ada barrier, hinggakan pelajar takut nk jmpa. Seperti lecturer dah jadi "Demi-God". So beliau menggesa pelajar2 untuk mengubah tu semua, dan kerap berjumpa lecturer, terutama selepas formative or exam, so student boleh tahu di mana weakness ketika menjawab soalan.

c) Study sorang2. Beliau menyatakan belajar sorang2 dalam fakulti perubatan ni adalah sangat merbahaya. Beliau menggalakkan study group

d) Beliau melihat sesi ni ramai yang gagal medicine & society. Beliau menganggap ramai yang ambil mudah modul ni. Beliau menyatakan MS ni sangat penting untuk membalas kembali duit RM1.00 rakyat Malaysia ketika penubuhan UKM satu ketika dahulu.

e) Kekurangan bank soalan final exam. PERSIAP harus bekerja keras mengumpulkan soalan exam dari sesi-sesi lepas.

Perjumpaan ini juga turut dihadiri organisasi PERSIAP yang lain, iaitu saudara hadi, fahmi, kee choon, hafizzudin tahir dan saudari aishah, farih, amalina, masita, suhana dan adibah. Saudara tantawi juga turut serta.

Terima kasih diucapkan kepada Prof Shahrir dan saudara-saudari sekalian kerana sudi meluangkan masa bersama pelajar2 yang menghadapi peperiksaan reseat. Segala sokongan, nasihat dan pengajaran anda amatlah berguna, bukan sahaja kepada pelajar reseat, tetapi juga kepada kesemua pelajar perubatan.

Thursday, June 11, 2009

Penempatan Kolej Sesi 2009/2010

Salam..Ada beberapa pengumuman...

1) Pelajar boleh mula mengambil kunci bilik masing-masing bermula pada hari Jumaat 26/6/2009. kalau nak masuk lebih awal, boleh. tapi pejabat tak beri jaminan sebab pembaik pulih bilik x siap lagi. dorang x bole jamin bilik boleh siap sbelum 26 june

2) Pejabat akan dibuka pada hari sabtu dan ahad untuk membolehkan pelajar ambik kunci..

3) Pelajar yang tinggal di Plaza Rah, K3, atau K5, tak perlu datang K1 untuk pendaftaran. Terus pergi ke K5 untuk mendaftar..yang tak duduk K5 pun, amek kunci kt K5 gak.. leh masuk daftar 26 jun. tapi seeloknya yang duduk plaza rah, K3, K5, datang lambat sket. kolej x benarkan masuk awal. K1 je leh masuk awal. maybe budak2 sarawak or sabah diorang consider kot..

4) Bagi pelajar yang telah hantar surat rayuan untuk duduk K1 kt pengetua, keputusan rayuan akan dipaparkan bermula 22 june di laman web KTSN, www.ukm.my/ktsn.. sila rujuk laman web tu dari smasa ke semasa..

Ada pape problem or pertnyaan, leh tnya aku...selamat mengangkut barang...tq

-Exco KCKL-

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.