Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) merupakan satu program tahunan anjuran Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UKM (PERSIAP) yang melibatkan aktiviti seperti program-program kemasyarakatan yang memerlukan mahasiswa keluar dari pagar universiti untuk berkhidmat kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung
Pada kali ini, program ini akan dijalankan di pulau Langkawi bertempat di kampung Nyior Cabang dengan bertemakan "Ikatan Terjalin, Kesihatan Terpimpin"
Ikuti perjalanan OPKIM di blog
opkim0813.blogspot.com
Bagi peserta OPKIM anda dikehendaki melawat blog tersebut untuk melihat senarai nama runners, senarai nama untuk bas senarai persembahan dan macam2 lagi.
Bukan selalu dapat berdikir barat, bersilat, berlakon, dan menyanyi.
Diharap agar semua dapat menjaga tingkahlaku semasa berada di tempat orang dan tidak melakukan perkara yang akan merosakkan imej kita
Akhir kata semoga program ini berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Minta dijauhkan segala bencana alam dan kemalangan
Semoga semua peserta OPKIM dapat pulang dengan selamat dan membawa seribu kenangan indah setelah bersusah payah menjayakan program tersebut
Selamat berOPKIMan.
No comments:
Post a Comment