Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013
Wednesday, December 30, 2009
Warisan Mesra & Sambutan 35 Tahun PERSIAP
Tarikh
9 Januari 2010
Masa
8.00 Pagi – 11.30 Malam
Sub-subprogram:
8.00 Pagi
Gerai Jualan
8.00 Pagi – 5.00 Petang
Gerai Klinikal
8.00 Pagi – 5.00 Petang
Perjumpaan Muhibah PERSIAP Bersama Wakil Persatuan Perubatan IPTA/IPTS
5.00 Petang – 6.00 Petang
Majlis Makan Malam Fakulti Perubatan UKM
Kehadiran
Semua dijemput hadir
Sempena dengan Warisan Mesra ini, setiap batch dikehendaki menghantar wakil untuk membuka booth jualan bagi memeriahkan lagi program pada pagi tersebut
atau mempunyai bakat terpendam untuk berniaga
bolehlah memberi nama anda kepada Hazim, Kee Tat atau Mizah
sebelum pukul 12pm hari Isnin (04/01/10)
Apa-apa jenis jualan diterima
Pendaftaran Kolej Penginapan
Untuk makluman semua pelajar yang menginap di
Kolej Tun Syed Nasir
sama ada K1, K2, K3, K4, K5 atau Plaza Rah
anda dikehendaki mendaftarkan nama anda
di pejabat kolej penginapan masing-masing
Pelajar yang duduk di K1, daftar di pejabat di atas DSG
Pelajar yang duduk di Kolej luar, daftar di pejabat di kolej anda masing-masing
Anda dikehendaki berbuat demikian sebelum 10 Januari 2010
Monday, December 28, 2009
Formatif, HE dan Visit
Pertamanya mengenai formatif assessment
Dukacita dimaklumkan bahawa semua permintaan yang dibuat untuk menunda atau mengubah tarikh untuk formatif telah ditolak.
Oleh itu, formatif assessment akan diadakan mengikut jadual dan tiada sebarang perubahan dapat dilakukan.
Kedua mengenai HE
Ramai yang tertanya-tanya mengenai HE
Setakat yang diketahui, HE akan bermula pada 09/01/10
Bukan pada 02/01/10 (maaf mengenai post yang lalu)
tidak kira sudah boleh daftar atau tidak
Mengenai set yang perlu didaftarkan setakat ini masih belum diketahui lagi sama ada perlu mengikut set yang lama atau tidak
Ketiga mengenai lawatan CHC ke PPUKM
Mana-mana kumpulan yang dijadualkan untuk melawat pada pukul 8.30 pagi iaitu kumpulan
2a, 3a, 4a, 7a, 8c & 15a
Bas akan bertolak pada pukul 7.45 pagi. sehubungan itu, sila tunggu di fakulti pada pukul 7.30 pagi.
Bagi kumpulan yang dijadualkan untuk pada pukul 10.30 pagi iaitu kumpulan
6a, 9b, 11a, 12a, 13b & 14a
Bas akan bertolak pada pukul 9.45 pagi dan sila berada di perhentian bas di fakulti pada pukul 9.30 pagi
Diingatkan agar anda menepati masa agar tiada yang tertinggal bas
Friday, December 25, 2009
EPIK : Puasa Sunat Asyura
Di post kali ini, disampaikan slot khas dari exco EPIK. Semoga sama-sama kita ambil manfaat daripada apa yang disampaikan.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w. pernah ditanya 'Solat apakah yang diutamakan setelah solat fardu?' Beliau menjawab 'Mengerjakan solat sunat ditengah malam' Beliau ditanya lagi, 'Puasa apakah lebih diutamakan setelah puasa Ramadan?' Beliau menjawab 'Berpuasa dibulan Allah yang kamu namakan sebagai bulan al-Muharram"
-diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Abu Daud-
Dari Aisyah r.a. katanya:
"Hari Asyura merupakan hari dimana orang-orang Quraisy biasa berpuasa ketika itu sejak zaman Jahiliah lagi. Rasulullah pula biasa berpuasa pada hari tersebut. Tatkala datang ke Madinah, beliau berpuasa dan menyuruh orang ramai untuk turut berpuasa pada hari itu. Namun sebaik diwajibkan puasa Ramadhan, beliau bersabda: 'Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari ini, maka berpuasalah dan siapa yang tidak, maka berbukalah"
-diriwayatkan oleh Bukhari-
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya:
"Nabi s.a.w. datang ke Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Beliau bertanya: 'Hari apakah hari ini?' Mereka menjawab: 'Hari ini merupakan hari terbaik, dimana ketika itu Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan Bani Israel daripada kepungan musuh mereka, hingga ia dijadikan oleh Nabi Musa a.s. sebagai hari berpuasa. Mendengar itu, beliau bersabda: 'Aku lebih berhak memuliakan hari ini berbanding kamu' Kemudian beliau berpuasa pada hari itu dan menyuruh kaum muslimin agar turut berpuasa"
-diriwayatkan oleh Bukhari-
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya:
"Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan orang ramai agar turut berpuasa, mereka berkata: 'Wahai Rasulullah! Ia merupakan hari yang diraikan oleh orang Yahudi dan Nasrani!' Beliau bersabda: 'Jika usiaku sempat menemui tahun hadapan ini, insyaAllah kita akan berpuasa pada hari kesembilan.'
Ibnu Abbas berkata: 'Sayangnya belum lagi tiba tahun berikutnya, Rasulullah s.a.w. telah pun wafat."
-diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud-
Para ulama menyebutkan bahawa puasa Asyura ada tiga tingkatan, iaitu:
Pertama, puasa selama tiga hari, hari ke-9, 10, dan ke-11.
Kedua, puasa pada hari ke-9 dan ke-10.
Ketika berpuasa pada hari ke-10 sahaja.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan pembaca, supaya kita tahu kenapakah disunatkan puasa pada hari Asyura ini. Walaupun begitu, membuat bubur Asyura atau merayakan hari tersebut tidaklah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Disini disertakan link mengenai puasa asyura yang dipetik dari Fiqh al-Siyam tulisan Dr Yusuf al-Qaradawi untuk sama-sama kita mendalaminya
Nantikan buletin daripada Exco Pembangunan Insan dan Kerohanian pada masa akan datang
Wednesday, December 23, 2009
Borang Pencalonan Organisasi PERSIAP 2010/2011
Mulai hari esok, sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli PERSIAP, anda boleh mendapatkan borang daripada Khairul Azreen
Tarikh tutup 31 Disember 2009
Antara jawatan yang boleh dipilih ialah:
Exco Kebajikan II
Exco Penerbitan & Multimedia
Exco Tugas-tugas Khas
Senator
Exco Akademik
Exco Publisiti & Perhubungan
Exco Etika & Pembangunan Insan
Sila sediakan juga gambar berukuran passport untuk pencalonan
PERSIAP adalah kita,
kita adalah PERSIAP
Sekian.
ZT2393
bolehlah didownload di bahagian Your download di bawah
Bukan nota, tapi macam guidebook la lebih kurang.
Selamat mendownload.
Sekian
Tuesday, December 22, 2009
CHC : Lawatan Ke PPUKM (06/01/10)
klik untuk besarkan
Buat kumpulan-kumpulan yang tersenarai, anda tidak perlu mengatur masa perjumpaan anda dengan pesakit anda dan berjumpa dengan pesakit pada masa yang ditetapkan.
Bas untuk ke PPUKM akan disediakan
Buat kumpulan-kumpulan yang tidak tersenarai, anda dikehendaki berhubung dengan pesakit anda sendiri untuk menetapkan temujanji bagi sesi temuramah
Sila berhubung dengan doktor anda atau penyelaras modul terlebih dahulu bagi memastikan pesakit anda sebelum menghubungi pesakit
Bagi mana-mana kumpulan yang mendapat pesakit luar,
pengangkutan tidak akan disediakan
Dinasihatkan agar anda memakai pakaian yang sesuai
dan diingatkan agar membawa white coat
Dinasihatkan agar anda mengulangkaji terlebih dahulu tentang penyakit tersebut dan bersedia dengan soalan yang hendak ditanya dan pemeriksaan yang hendak dijalankan agar dapat memudahkan anda dan pesakit anda
Diharapkan agar menjaga tingkah laku dengan pesakit
Sekian
HE2012=Persatuan & Pengantarabangsaan II
Sabtu (02/01/10)
Waktu masih tidak diketahui lagi
Jadi sesiapa yang ingin balik ke rumah pada hujung minggu ini
anda bolehlah balik dengan hati yang tenang
Bolehlah menghias pokok krismas dan tunggu Santa Claus
Bagi sesiapa yang merancang untuk pulang ke rumah pada minggu hadapan, fikir-fikirkanlah
Sepatutnya, kursus tersebut telah boleh didaftarkan
tetapi buat masa ini, SMPWEB masih belum dibuka lagi
Mungkin terdapat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan
Sila lihat shoutbox untuk maklumat terkini
Sekian
Monday, December 21, 2009
Kuliah PPD bersama Prof. Harlina
Kuliah celebrating similarities dan managing diversity yang dibatalkan akan ditunda ke
Masa : 11.00 pagi
Tempat : TIBE
Kelas : Celebrating Similarities & Managing Diversity
Pensyarah : AP Dr Harlina
Sesiapa yang mempunyai kelas lain pada waktu tersebut
diminta berbincang dengan pensyarah anda
Untuk makluman kuliah pertama ZT akan bermula pada petang tersebut
Pensyarah untuk ZT masih tidak diketahui lagi
tetapi khabar angin bukan Dr Roslan seperti semester yang lepas
Saturday, December 19, 2009
Pendaftaran HE & CHC
kursus HE boleh mula didaftarkan pada minggu hadapan
Isnin (21/12/09).
Oleh itu, rajin-rajinlah membuka SMPWEB untuk melihat
Diharapkan agar sesiapa yang mengetahui berita yang lebih lanjut agar dapat memaklumkannya di shoutbox
Mengenai modul CHC, diingatkan agar anda membuka e-learning
(link ada di Your Link di sebelah kanan)
Anda dikehendaki mengemaskini profile anda
seperti memasukkan gambar dan
memastikan maklumat profile anda tepat mengenai diri anda
Anda juga boleh mendownload beberapa maklumat dari website tersebut seperti
nota kuliah , maklumat lecture anda, panduan untuk SGD dan macam-macam lagi
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah 1431
Wednesday, December 16, 2009
Peluang Kedua
Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK )
pada masa yang lalu
kerana
kini SPPK telah dibuka semula khas untuk anda
SPPK
Peluang ini dibuka sehingga hari Jumaat (18/12/09) sahaja
Sila lengkapkan penilaian tersebut sebelum mendaftar kursus
Sila daftar kursus seperti yang ditulis dalam post terdahulu
Buat masa ini kursus
HE2012=Persatuan & Pengantarabangsaan II
masih belum dibuka lagi
oleh itu buat masa ini
SMPWEB akan dibuka semula pada masa akan datang
untuk pendaftaran kursus HE
Sekian sahaja pengumuman untuk kali ini
Selamat menyambut awal muharam 1431
Tuesday, December 15, 2009
Amanat Dekan : Road To The 10th Floor
Prof. Dato' Dr. Lokman bin Saim
Mahasiswa/i Ijazah Doktor Perubatan UKM Tahun 1-5
Tarikh
22 Januari 2010
Masa
2015 - 2300
Lokasi
Auditorium Pusat Perubatan UKM
Amanat Dekan
Prof. Dato' Dr Lokman bin Saim, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM akan menyampaikan amanat, pesanan dan peringatan penting kepada mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM. Dekan bersetuju untuk berkongsi pengalaman, persediaan dan tips peperiksaan kepada semua mahasiswa/i.
Road To The 10th Floor
Kiasan kepada peperiksaan ikhtisas akhir dan juga peperiksaan sepanjang bergelar mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM yang lazimnya diadakan di tingkat 10 blok klinikal.
Konsep / Tujuan
Talk yang bertujuan memberi perangsang dan membakar semangat mahasiswa/i perubatan terutamanya pelajar tahun 5 yang bakal menduduki peperiksaan ikhtisas akhir tidak lama lagi. Talk yang dianjurkan PERSIAP ini merupakan salah satu pengisian dalam Zero Repeater Campaign.
Tarikh Peperiksaan
1 Februari 2010 - Tahun 4
22 Februari 2010 - Tahun 3
15 Mac 2010 - Tahun 5 (Ikhtisas)
5 April 2010 - Tahun 2
19 April 2010 - Tahun 1
Status
Prof. Dato. Dr. Lokman bin Saim telah memberikan persetujuan rasmi secara hitam putih untuk menyampaikan amanat beliau untuk program ini.
Kehadiran
Wajib terutamanya pelajar tahun klinikal UKM
Saturday, December 12, 2009
Pendaftaran Kursus Semester 4
Kursus-kursusnya adalah seperti berikut:
FF2125=Gastrointestinal & Hepatobiliary System
FF2243=Endocrine System
FF2325=Neuroscience
FF2443=Reproductive System
FF2521=Clinical Science
FF2622=Comprehensive Health Care (CHC)
FF2722=Personal & Professional Development
ZZZT2393=Pengurusan Masa
HE2012=Persatuan & Pengantarabangsaan II
Monday, December 7, 2009
Kelas ganti, dinner & video conference
jangan marah-marah
jangan tension-tension
jangan simpan dalan hati
Kelas tersebut dibatalkan pada saat akhir dan hanya diketahui selepas solat jumaat
Kelas tersebut terpaksa dijalankan juga dan akan digantikan pada hari
Khamis (10/12/09) : 8.00 hingga 9.00 pagi
Kelas: History Taking & PE of GIT
mudah-mudahan kelas ini dapat berjalan lancar dan tidak perlu ditunda-tunda lagi
Mengenai jamuan makan malam Fakulti Perubatan yang akan diadakan pada 09/01/10, bayaran bolehlah dibuat kepada ketua PBL anda
Bagi sesiapa yang telah bayar kepada ketua PBL yang lama, sila minta kembali wang anda dan bayar kepada ketua PBL yang baru
Kepada ketua PBL, sila serahkan bayaran yang telah dikutip kepada Hazim atau Mizah
gambar dipetik dari persiap.wordpress.com
Program akan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga kira-kira 10.30 pagi
Anda semua dikehendaki hadir memakai baju formal berserta
white coat
Bagi lelaki, digalakkan memakai tie UKM yang berwarna biru.
Sekian.
Thursday, December 3, 2009
Pertukaran Jadual
Week 1
| | 9.00 | | | | 3.00 |
| | | | | | |
| | | | | | |
| | | | | | |
THU 3/12/09 | | HISTORY TAKING & PE OF GIT SYSTEM | | | | |
FRI 4/12/09 | | | | | | HISTORY TAKING & PE OF GIT SYSTEM |
Kelas untuk History taking & PE of GIT System pada hari Khamis (3/12/09) -9.00 pagi ditukarkan ke hari Jumaat (4/12/09) -3.00 petang
(tapi datang la awal skit, takut2 start awal)
Week 2
| 8.00 | | 10.30 | | | 2.00 |
MON 7/12/09 | INTESTINAL NEOPLASMS | | | | | |
| | | | | | |
WED 9/12/09 | INTESTINAL NEOPLASMS | | HISTOLOGY OF GIT | | HISTOLOGY OF GIT | |
VIDEO CONFERENCE | ||||||
| | | | | | |
| | | | | | |
diawalkan ke Isnin (7/12/09) - 8.00 pagi
dan makmal untuk Histology of GIT akan dilewatkan ke pukul 2.00 petang
Pada hari Rabu tersebut akan diadakan
Video Conference bersama Cancelor
di Dewan Kuliah 1.
Pakaian untuk ini masih tidak dijelaskan lagi tetapi adalah sesuai untuk kita berpakaian FORMAL.
Kelas ZT akan bermula pada minggu ke 4 iaitu pada hari Rabu (23/12/09)
Sekian dulu..
Wednesday, December 2, 2009
Beberapa Pengumuman
Pertamanya,
hari ini secara rasminya BBA untuk semester yang lalu telah dibubarkan dan ketua yang baru telah dilantik.
Sehubungan dengan itu, jawatan yang kosong tersebut perlu diisi secepat mungkin
Oleh yang demikian, besok akan diadakan satu perjumpaan bersama dengan ketua BBA yang baru iaitu saudara Hazim selepas kuliah untuk melantik organisasi baru.
(Antara jawatan yang kosong adalah Exco PEM) sape nak?
Bagi sesiapa yang ingin memohon jawatan yang kosong tersebut bolehlah menampilkan diri.
Malam ni fikir-fikirkan la jawatan mana yang sesuai untuk anda
Jadi diharapkan agar semua dapat tunggu sebentar selepas kuliah pada esok hari.
Kedua,
mengenai slip peperiksaan untuk peperiksaan akhir semester yang lalu.
Slip tersebut boleh diambil di pejabat akademik mulai hari
Jumaat (4 Disember 2009)
Seterusnya ,
Hujung minggu ini (5-6 Disember 2009) akan diadakan 2 gerai klinikal serentak.
Carrefour Ampang
dan di
Taman Tasik Pemaisuri, Cheras
Senarai nama runners telah ditampal pada papan kenyataan bersebelahan Dewan Kuliah 2.
Sila semak nama anda!!!
Semua orang dijemput untuk pergi ke tempat tersebut dan ajaklah kawan-kawan anda sekali
Sama-sama kita memberi sokongan..
Sekian.