Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Wednesday, December 2, 2009

Beberapa Pengumuman

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Di sini terdapat beberapa pengumuman yang hendak disampaikan..

Pertamanya,
hari ini secara rasminya BBA untuk semester yang lalu telah dibubarkan dan ketua yang baru telah dilantik.
Sehubungan dengan itu, jawatan yang kosong tersebut perlu diisi secepat mungkin
Oleh yang demikian, besok akan diadakan satu perjumpaan bersama dengan ketua BBA yang baru iaitu saudara Hazim selepas kuliah untuk melantik organisasi baru.
(Antara jawatan yang kosong adalah Exco PEM) sape nak?

Bagi sesiapa yang ingin memohon jawatan yang kosong tersebut bolehlah menampilkan diri.
Malam ni fikir-fikirkan la jawatan mana yang sesuai untuk anda

Jadi diharapkan agar semua dapat tunggu sebentar selepas kuliah pada esok hari.

Kedua,
mengenai slip peperiksaan untuk peperiksaan akhir semester yang lalu.
Slip tersebut boleh diambil di pejabat akademik mulai hari
Jumaat (4 Disember 2009)


Seterusnya ,
Hujung minggu ini (5-6 Disember 2009) akan diadakan 2 gerai klinikal serentak.

Carrefour Ampang
dan di
Taman Tasik Pemaisuri, Cheras


Senarai nama runners telah ditampal pada papan kenyataan bersebelahan Dewan Kuliah 2.
Sila semak nama anda!!!

Semua orang dijemput untuk pergi ke tempat tersebut dan ajaklah kawan-kawan anda sekali
Sama-sama kita memberi sokongan..

Sesiapa yang baca, tolong bagitau orang lain.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.