Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Saturday, August 4, 2012

Medical Career Carnival (MECCA) 2012

MECCA merupakan sebuah program dari Unit Personal & Professional Development Pusat Perubatan UKM dengan kerjasama JAKSA KTDI untuk memberi pendedahan kepada bakal graduan doktor perubatan menentukan arah masa depan mereka selepas tamat pengajian. 

Objektif:

1. Memberi kefahaman tentang fungsi badan kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan mengenai lapangan kerjaya perubatan antaranya Kementerian Kesihatan, ‘Academy of Medicine Malaysia’(AMM), ‘Malaysia Medical Council’(MMC), ‘Malaysia Medical Association’(MMA), Persatuan Perubatan Islam Malaysia(PPIM) dan lain-lain.

2. Mengenalpasti hala tuju pekerjaan dan syarat syarat kemasukannya

3. Demonstrasi kemahiran temuramah dan cara penyediaan resume yang betul

- Sehubungan itu, semua pelajar tahun 5 diwajibkan hadir ke program ini yang akan diadakan pada 8 & 9 September 2012 (minggu pertama posting) di Auditorium HUKM.

- Bakal ketua-ketua posting, sila susun jadual kelas/on-call posting anda dan maklumkan kepada ketua modul mengenai program ini. Surat pelepasan akan diedarkan. 

- Untuk pelajar yang berada di Teluk Intan/Slim River pada minggu itu, bas akan disediakan pada hari Jumaat 7 September 2012.

Sebarang perubahan/pengumuman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

TQ.

1 comment:

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.