Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Friday, June 12, 2009

Perjumpaan Prof Shahrir Bersama Student Reseat

Pada 10 Jun yang lalu, satu perjumpaan bersama penasihat II PERSIAP, Prof Madya Dr. Shahrir Mohamed Said telah diadakan di surau D KTSN dengan pelajar-pelajar reseat sesi 2008/2009. Perjumpaan selama dua jam ini dipengerusikan oleh saudara Oden, SUA PERSIAP.

Perjumpaan ini dimulakan dengan Prof Shahrir memberikan gambaran mengenai situasi sebenar yang dihadapi oleh pelajar reseat ini, yang beliau gelarkan sebagai "Kegagalan Sementara". Beliau mengesa pelajar2 supaya membuka buku baru pada sesi hadapan dan tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama.

Prof shahrir kemudiannya bertanyakan kepada setiap pelajar mengenai masalah mereka. Antara masalah yang dilihat oleh prof ialah:

a) Masalah spot soalan. Beliau melihat ramai pelajar yang gemar memberi fokus terhadap sesuatu bab dan tidak mempedulikan bab yang lain. Beliau menasihatkan, lebih baik tahu semua bab sikit2, rather than tahu satu bab tu 100%, tetapi mengabaikan bab yang lain.

b) Takut jumpa lecturer. Beliau melihat hubungan antara pelajar dan lecturer di Malaysia bagaikan ada barrier, hinggakan pelajar takut nk jmpa. Seperti lecturer dah jadi "Demi-God". So beliau menggesa pelajar2 untuk mengubah tu semua, dan kerap berjumpa lecturer, terutama selepas formative or exam, so student boleh tahu di mana weakness ketika menjawab soalan.

c) Study sorang2. Beliau menyatakan belajar sorang2 dalam fakulti perubatan ni adalah sangat merbahaya. Beliau menggalakkan study group

d) Beliau melihat sesi ni ramai yang gagal medicine & society. Beliau menganggap ramai yang ambil mudah modul ni. Beliau menyatakan MS ni sangat penting untuk membalas kembali duit RM1.00 rakyat Malaysia ketika penubuhan UKM satu ketika dahulu.

e) Kekurangan bank soalan final exam. PERSIAP harus bekerja keras mengumpulkan soalan exam dari sesi-sesi lepas.

Perjumpaan ini juga turut dihadiri organisasi PERSIAP yang lain, iaitu saudara hadi, fahmi, kee choon, hafizzudin tahir dan saudari aishah, farih, amalina, masita, suhana dan adibah. Saudara tantawi juga turut serta.

Terima kasih diucapkan kepada Prof Shahrir dan saudara-saudari sekalian kerana sudi meluangkan masa bersama pelajar2 yang menghadapi peperiksaan reseat. Segala sokongan, nasihat dan pengajaran anda amatlah berguna, bukan sahaja kepada pelajar reseat, tetapi juga kepada kesemua pelajar perubatan.

4 comments:

  1. benar2 blaka points yg dikatekn..
    ohyes,its 'Semi-God' kan,not 'Demi'? ^^

    ReplyDelete
  2. syabas kepada senior2 yang sanggup turun berjumpa junior anda. maaf sebab saya tak dapat turut serta sebab ada kelas =_= (sigh....)

    ReplyDelete
  3. d) Beliau melihat sesi ni ramai yang gagal medicine & society. Beliau menganggap ramai yang ambil mudah modul ni. Beliau menyatakan MS ni sangat penting untuk membalas kembali duit RM1.00 rakyat Malaysia ketika penubuhan UKM satu ketika dahulu

    siapa boleh jelaskan lebih detail dengan saya tentang RM 1.00 itu ???

    ReplyDelete
  4. dulu ukm ni sbenarnya dibina hasil duit rakyat.. kerajaan kutip rm1 setiap seorang, then bina ukm. bukan mcm universiti lain. sbb tu la ukm ni universiti hasil duit rm1 rakyat

    ReplyDelete

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.