Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Saturday, October 31, 2009

Belanjawan modul Urinary

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Belanjawan yang digunakan semasa modul urinary:


Income

RM

Expenditure

RM

Balance

1204.70

Photostat

625.30

Fees

2030.00

Photostat

32.70



Board Decoration

7.70



Photostat

430.00








1095.70







Balance

2139.00





Total

3234.70

Total

3234.70



Baki akan dibawa ke semester 4

Sekian terima kasih.

Wednesday, October 28, 2009

Bukan Rezeki Kita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah berapa kali post daa pasal ni
Maaf sekali lagi, kelas pada esok hari (29 Oktober 2009) juga diBATALkan atas sebab- sebab yang tertentu.


Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya

Ini bukan salah siapa-siapa kelas dibatalkan



Gunalah kesempatan yang ada ini untuk mengulangkaji pelajaran



Tolong hebohkan kepada kawan-kawan yang lain bagi mengelakkan kawan pergi tapi tiada kelas



Kelas untuk hari Isnin akan datang InsyaAllah akan diadakan

Tanya-tanya la kawan sebelum pergi kelas bagi mengelakkan kekecewaan


Sekian terima kasih
.

Formatif & HE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Continuous assessment
(Respiratory & Urinary Module)


Tempat : TIBE

Tarikh : 30 Oktober 2009

Masa :
Respiratory : 9.00 Pagi

(Selepas formatif respiratory ada taklimat tentang final semester exam.)
Para pelajar dikehendaki tunggu selepas habis formatif

Urinary : 3.00 Petang




HE2011 : Pengurusan Persatuan 1

Tarikh : 31 Oktober 2009

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : DSG
(Bukan di TIBE)

Abaikan apa yang di tulis pada slip peperiksaan (KMJP)

typing error pada slip tersebut



Tolong sebarkan pada kawan - kawan yang lain

Jangan salah tempat pulak nnti
Harap semua pelajar dapat tepati masa

Selamat Menjawab dan Selamat Maju Jaya!!!

Sekian, terima kasih

Tuesday, October 27, 2009

SPPK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Semua pelajar Tahun 2 diminta membuat (WAJIB) penilaian Modul & Pensyarah melalui Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) untuk semester 1 sesi 2009/2010. Arahan daripada pihak pengurusan pejabat.


Sila layari http://www.ukm.my/sppk/
Klik untuk masuk ke laman tersebut


Untuk pengenalan seperti biasa gunakan nombor matrik anda

Password anda adalah nombor PNP anda



Tarikh penilaian bermula pada 26 Oktober hingga 26 November 2009


Diingatkan agar anda membuat penilaian ini secepat mungkin kerana agak banyak benda yang perlu dilakukan


Anda perlu menilai setiap modul dan setiap modul terbahagi kepada tiga bahagian pula

erkkk!!
Jangan terkejut

Photobucket
Jangan mengamuk

Photobucket
Jangan marah-marah

Photobucket
Jangan tension-tension



Photobucket
Rileks jer



Buat sikit-sikit pun boleh


Maklum balas pelajar adalah amat penting untuk penambahbaikan berterusan



Selamat menilai


Sekian terima kasih

Berubah lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita hanya mampu merancang tapi Yang Maha Berkuasa menentukan segalanya

Terdapat perubahan lagi pada jadual PPA;

Rabu (28 Oktober 2009)
BATAL

Khamis (29 Oktober 2009)
9.00 pagi - 10.00 pagi
Prof. Nor Anita
Physiology Urinary
(berjalan seperti biasa)

Isnin (2 November 2009)
10.00 pagi - 11.00 pagi
Dr. Amin
Physiology CVS

11.00 pagi - 12.00 tengah hari
Dr. Chua
Physiology CVS


Diharap agar anda semua dapat memberitahu kawan-kawan lain tentang berita ini agar dapat memastikan semua pelajar mengetahuinya dan tidak berlaku ketidak sampaian berita.
apa punya ayat daa.. korang paham kan
Photobucket


Diingatkan bahawa kelas ini bukanlah kuliah tetapi hanya akan diadakan jika terdapat soalan daripada pelajar.

Diharap agar sesiapa yang mempunyai soalan bolehlah disampaikan kepada email ini;

nurlin_89@yahoo.com.my
ataupun
petr_cech3k1@yahoo.com

Marilah sama-sama kita pergi menghadiri kelas tersebut.
Mana la tau Dr. bagi soalan bocor ke?

Photobucket
Sekian terima kasih.

Friday, October 23, 2009

SPKG : Keusahawanan & Alam Sekitar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perhatian kepada semua pelajar perubatan tahun 2, sila semak e-mail anda masing-masing. Sepatutnya anda akan mendapat 1 e-mail yang penting. E-mail tersebut adalah resume untuk SPKG anda di bawah topik keusahawanan dan alam sekitar. Sila lengkapkan resume tersebut walaupun ianya tiada kaitan dengan keusahawanan dan alam sekitar berdasarkan panduan pada resume tersebut dan kemudian sila printkan sendiri.

Sekiranya anda tidak mendapat e-mail tersebut, jangan mengamuk Photobucket.
Sila dapatkannya daripada kawan anda yang terdekat atau yang rapat dengan anda ataupun anda juga boleh download di ruangan "your download" kat bawah sebelah kiri.

Sila hantar helaian yang telah anda print kepada ketua PBL Photobucketmasing-masing selewat-lewatnya pada tengah hari hari Selasa (27 Oktober 2009) selepas praktikal pada hari tersebut. Ketua PBL dikehendaki menghantar resume yang telah dikumpulkan kepada saudara Khairul Azreen Bin Mohamad Sabri.

Diharap agar semua ketua PBL dapat mainkan peranan anda masing-masing. Kalau tak siap la korangPhotobucket

Sekian, terima kasih.

Peperiksaan Datang Lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 TAHUN 2 PERUBATAN SESI 2009/2010

TARIKH

MASA

KERTAS PEPERIKSAAN

TEMPAT

SABTU

31/10/2009

10.30 – 11.30 PAGI

PENGURUSAN PERSATUAN 1

(HE2011)


DEWAN TIBE

ISNIN

9/11/2009

9.00 – 11.30 PAGI

DARAH & LIMFA

(FFFF2114)

SELASA

10/11/2009

9.00 – 11.30 PAGI

SISTEM KARDIOVASKULAR

(FFFF2214)

RABU

11/11/2009

9.00 – 11.30 PAGI

SISTEM RESPIRATORI

(FFFF2313)

2.00 – 3.30 PTG

PENGURUSAN EMOSI

(ZZZT2253)

KHAMIS

12/11/2009

9.00 – 11.30 PAGI

SISTEM URINARI

(FFFF2414)

JUMAAT

13/11/2009

9.00 – 11.30 PAGI

PERUBATAN & MASYARAKAT

(FFFF2613)

SELASA

17/11/2009

8.30 – 1.30 T/HARI

OSPE/OSCE

MAKMAL

1- 12 MPG2

Sehubungan dengan itu, semua pelajar Tahun 2 Perubatan diminta mengambil Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) atau slip periksa sesi 2009/2010 Semester 1 bermula dari hari Isnin 26 Oktober 2009 hingga Selasa 27 Oktober 2009 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di Kaunter Pejabat Pra-Siswazah (Akademik) Tingkat 2 Blok E.

Pelajar-pelajar dinasihatkan menyimpan kad KMJP tersebut dengan baik.

Tanpa Kad KMJP, anda tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Kehilangan Kad KMJP perlu dilaporkan kepada Pusat Teknologi Maklumat dengan dikenakan denda oleh pihak Pusat Teknologi Maklumat.

Bagi pengurusan persatuan, anda diingatkan supaya menghantar tugasan kumpulan anda pada masa yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan menjejaskan markah anda.

Selamat maju jaya dalam menempuh peperiksaan semester ini.

Sekian, terima kasih.

Thursday, October 22, 2009

Jadual Pengangkutan Bas Ambang Warisan Mesra

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jadual Perjalanan Bas
Program Ambang Warisan Mesra 2009/2010
Fakulti Perubatan UKM


Peringatan dan tolong beri kerjasama:
Sila patuhi masa yang telah ditetapkan supaya jadual perjalanan tidak terlewat
Sila penuhkan bas yang awal agar tidak berlaku kesesakan ketika menaiki bas disaat-saat akhir dan bagi mengelakkan kejadian bas tidak mencukupi


PhotobucketHarap anda semua bergembira di samping buddy masing2 ^_^Photobucket

Sekian saja untuk kali ini..

Zero Repeaters Campaign : Program Pemantapan Akademik (PPA) Tahun 2 09/10

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena dengan Zero Repeaters Campaign, PPA telah diadakan semasa study week bagi membantu pelajar. Berikut adalah jadual kelas yang telah ditetapkan.

Rabu (28 Oktober 2009)

8.00 pagi - 9.30 pagi
Dr. Norfilza
Physiology Respiratory

Khamis (29 Oktober 2009)
9.00 pagi - 10.00 pagi
Prof. Nor Anita
Physiology Urinary

Isnin (2 November 2009)
10.00 pagi - 11.00 pagi
Dr. Chua
Physiology CVS

11.00 pagi - 12.00 tengah hari
Puan Wahidah
Physiology CVS



Kelas PPA ini hanya akan berjalan jika terdapat sebarang soalan daripada pelajar. Sehubungan itu, sebarang soalan untuk kelas ini bolehlah die-mailkan kepada nurlin_89@yahoo.com.my dan juga petr_cech3k1@yahoo.com.
Sebelum hari Isnin (26 Oktober 2009)

Sekian saja.

Friday, October 16, 2009

AMBANG WARISAN MESRA


AMBANG WARISAN MESRA DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-35 PERSIAP

24 OKTOBER 2009

7.00 PAGI – 11.30 MALAM

PUSAT PERUBATAN UKM & KOLEJ TUN DR ISMAIL


Aturcara majlis:

8.00 pagi – 2.00 petang

Futsal (lelaki) dan bola jaring (wanita)

2.00 petang – 5.00 petang

Aktiviti Bebas Bersama Buddy

5.00 petang – 6.15 petang

Explore PERSIAP (explorace)

Explore PERSIAP ini melibatkan 1150 orang pelajar perubatan UKM tahun 1-5. Kami membahagikan kumpulan mengikut line buddy. Setiap kumpulan terdiri daripada 10-15 orang pelajar. Kami menggunakan konsep OSCE/OSPE untuk aktiviti ini. Senarai line buddy beserta no hp akan dikeluarkan pada hari Jumaat 16/10/2009. Anda dikehendaki menghubungi buddy2 anda dan meminta mereka hadir. Bawa sekeping gambar anda untuk aktiviti ini.

8.00 malam – 9.30 malam

Perasmian oleh Prof Dato Dr Lokman Saim

Ucaptama oleh Dato Amir Abbas (Dekan Fakulti Perubatan UKM pertama)

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan doa. Kemudian diikuti dengan ucapan pengarah program. Ucaptama oleh Dato’ Amir Abbas, dekan pertama fakulti perubatan UKM menyusul selepas itu. Perasmian disempurnakan oleh Prof Dato Dr Lokman Saim, dekan fakulti perubatan UKM. Perasmian merangkumi : (1) Pelancaran modul kemaskini sistem buddy (2) Pelancaran Logo Badan Bertindak Akademik (3) Pelancaran program Warisan Mesra yang akan dijalankan pada 9 Januari 2010.

9.30 malam – 11.30 malam

Forum

Forum pada malam itu akan menyentuh aspek : (1) Implementasi gaya PBL dalam gaya belajar pelajar (study group or study alone) yang dikupas oleh Prof Dr Nabishah, Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan UKM (2) Sikap pelajar yang dikupas oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

11.30 malam

Tidur di bilik buddy.

Hubungi buddy anda terlebih dahulu. Buddy klinikal diminta memberikan kerjasama. Objektif adalahmerapatkan hubungan line buddy anda yang semestinya tidak cukup hanya dalam masa beberapa jam.

Senarai buddy line telah dimuatnaik di dalam album foto Facebook BBA setiap tahun iaitu :

1. PERSIAP BBA TAHUN SATU

2. PERSIAP BBA TAHUN DUA

3. PERSIAP BBA TAHUN TIGA

4. PERSIAP BBA TAHUN EMPAT

5. PERSIAP BBA TAHUN LIMA

Anda diminta menghubungi buddy2 anda dan pastikan setiap ahli line buddy anda hadir program ini. Sila semak nama anda dalam senarai itu. Ada beberapa nama yang missing. Semak juga senarai nama line buddy anda. Jika ada salah, sila hantarkan senarai yang betul ke ruangan komen facebook tersebut dengan segera sebelum 18 Oktober 2009.

Kumpulan explorace untuk ambang warisan mesra (24 Oktober 2009) akan dikeluarkan pada hari 18 Oktober 2009. Ia akan terdiri daripada line buddy atau gabungan beberapa line buddy. Jumlah peserta setiap kumpulan ialah antara 10-15 orang.

Diharapkan SEMUA pelajar dapat hadir. Berilah sokongan dan komitmen kepada PERSIAP. Dan hargailah apa yang telah PERSIAP laksanakan ini untuk kebaikan kita bersama.

Kerjasama dan sokongan daripada anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

p/s : Bas KTSN-KTDI ; KTDI-KTSN; SLim River-KTDI ; KTDI-Slim River; Teluk Intan-KTDI; dan KTDI-Teluk Intan telah ditempah. Jadual waktu perjalanan akan dimaklumkan kelak di dalam facebook.

MOHD FADHLI BIN MOHD FAUZI

Yang Dipertua

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM


Dipetik daripada: http://persiap.wordpress.com

Happy Deepavali





Wednesday, October 14, 2009

Belanjawan modul Respiratory

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


PhotobucketPhotobucket

Ni la belanjawan yang digunakan semasa modul respiratory..
Baki bawa bawah adalah RM 1204.70 dan dibawa ke module urinary

Sekian, terima kasih.

Thursday, October 8, 2009

Program Sinar Bakti


Pada 3 Oktober yang lepas, seramai 45 orang pelajar perubatan tahun dua telah menyertai program sinar bakti di asrama Bakti Penyayang Nur Iman, Setapak, Kuala lumpur yang diasaskan oleh Puan Sarimah. Program ini diketuai oleh pengarah program, Kan Chan Siang. Program ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong, “sejenak bersama”, sukaneka dan majlis penutup. Malangnya, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, aktiviti sukaneka tidak dapat dijalankan. Semasa program “sejenak bersama”, kami menceritakan kisah-kisah tauladan, bernasyid, bermain teka-teki, dan ice-breaking. Selepas itu pemberian cenderamata daripada pelajar-pelajar perubatan tahun dua UKM, KL diberikan kepada anak-anak yatim di sana.


Majlis penutup yang diadakan telah dirasmikan oleh YDP PERSIAP, Mohd. Fadhli bin Mohd Fauzi dan sumbangan yang dapat kami jana adalah sebanyak RM1816.20, beserta barang-barang keperluan harian seperti beras, minyak dan lain-lain lagi diserahkan kepada wakil pengetua semasa majlis penutupan.


“Bakti Dicurahkan, Kemesraan Terjalin”

Saturday, October 3, 2009

RIANG RIA RAYA!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, jamuan raya yang julung-julung kali diadakan ini akhirnya selesai dan disambut meriah dengan kehadiran pelajar perubatan tahun 2. Terima kasih juga diucapkan kepada doktor yang sudi hadir dan kepada pihak pengurusan pejabat yang turut sama memeriahkan lagi majlis pada kali ini.

Ramai yang bergaya dengan baju raya masing-masing. Ada gak yang sempoi je..



Lemang, rendang, nasi himpit, kuah kacang dan satey. yum..yum..

Tiny faces
(nak letak banyak gambar punya pasal)
selamat mencari
(KLIK gambar untuk paparan yang lebih jelas)


Setelah hampir separuh bulan syawal, pelbagai ragam boleh diperhatikan berlaku di sekitar diri kita. Jika kita perasan, sebelum raya lagi, kemeriahan syawal telah mula dirasai dengan adanya dendangan pelbagai jenis lagu raya dan tidak lupa juga dentuman mercun dan juga percikan bunga api.

(p/s: berhati-hati semasa bermain mercun).

Di bulan ini juga ramai antara rakan-rakan yang mengadakan rumah terbuka atau bilik terbuka bagi berkongsi kegembiraan dan kuih raya yang sedap-sedap belaka. Semoga semua perkara yang berlaku akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Semoga program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Raya-raya gak tapi jangan la 'over' sangat. Sempena bulan syawal ini, marilah kita sama-sama berpuasa enam di bulan ini, semoga kita mendapat keredhaanNya. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim ).


Sesiapa yang belum start lagi cepat-cepatla mulakan.

Sekian saja untuk kali ini.

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.