Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Thursday, October 8, 2009

Program Sinar Bakti


Pada 3 Oktober yang lepas, seramai 45 orang pelajar perubatan tahun dua telah menyertai program sinar bakti di asrama Bakti Penyayang Nur Iman, Setapak, Kuala lumpur yang diasaskan oleh Puan Sarimah. Program ini diketuai oleh pengarah program, Kan Chan Siang. Program ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong, “sejenak bersama”, sukaneka dan majlis penutup. Malangnya, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, aktiviti sukaneka tidak dapat dijalankan. Semasa program “sejenak bersama”, kami menceritakan kisah-kisah tauladan, bernasyid, bermain teka-teki, dan ice-breaking. Selepas itu pemberian cenderamata daripada pelajar-pelajar perubatan tahun dua UKM, KL diberikan kepada anak-anak yatim di sana.


Majlis penutup yang diadakan telah dirasmikan oleh YDP PERSIAP, Mohd. Fadhli bin Mohd Fauzi dan sumbangan yang dapat kami jana adalah sebanyak RM1816.20, beserta barang-barang keperluan harian seperti beras, minyak dan lain-lain lagi diserahkan kepada wakil pengetua semasa majlis penutupan.


“Bakti Dicurahkan, Kemesraan Terjalin”

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.