Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Saturday, October 3, 2009

RIANG RIA RAYA!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, jamuan raya yang julung-julung kali diadakan ini akhirnya selesai dan disambut meriah dengan kehadiran pelajar perubatan tahun 2. Terima kasih juga diucapkan kepada doktor yang sudi hadir dan kepada pihak pengurusan pejabat yang turut sama memeriahkan lagi majlis pada kali ini.

Ramai yang bergaya dengan baju raya masing-masing. Ada gak yang sempoi je..



Lemang, rendang, nasi himpit, kuah kacang dan satey. yum..yum..

Tiny faces
(nak letak banyak gambar punya pasal)
selamat mencari
(KLIK gambar untuk paparan yang lebih jelas)


Setelah hampir separuh bulan syawal, pelbagai ragam boleh diperhatikan berlaku di sekitar diri kita. Jika kita perasan, sebelum raya lagi, kemeriahan syawal telah mula dirasai dengan adanya dendangan pelbagai jenis lagu raya dan tidak lupa juga dentuman mercun dan juga percikan bunga api.

(p/s: berhati-hati semasa bermain mercun).

Di bulan ini juga ramai antara rakan-rakan yang mengadakan rumah terbuka atau bilik terbuka bagi berkongsi kegembiraan dan kuih raya yang sedap-sedap belaka. Semoga semua perkara yang berlaku akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Semoga program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Raya-raya gak tapi jangan la 'over' sangat. Sempena bulan syawal ini, marilah kita sama-sama berpuasa enam di bulan ini, semoga kita mendapat keredhaanNya. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim ).


Sesiapa yang belum start lagi cepat-cepatla mulakan.

Sekian saja untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.