Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013
Wednesday, February 24, 2010
Pembatalan Pemeriksaan Kesihatan & HE Set 50
Berkenaan pemeriksaan kesihatan di SMK Yaacob Latif, PRO Dekan telah menghubungi kami dan menyatakan pemeriksaan tersebut DIBATALKAN atas sebab-sebab tertentu...
Harap maaf....Segala kesulitan amat dikesali........
-Senator PERSIAP-
Perhatian juga kepada HE SET 50, perjumpaan pada hari Sabtu ini juga DIBATALKAN atas sebab-sebab tertentu. Segala kesulitan amat-amat dikesali..
Kemungkinan akan ditukarkan pada waktu lain. Nantikan berita terkini..
Sekian...terima kasih
CHC Module:Reflective Writing
Kawan-kawan,tajuk "CHC reflective writing" yang perlu dihantar melalui e learning portal adalah seperti berikut:
REFLECTION:
Please write the learning points (BASED ON THE PROVIDED THEME) you have picked up during this session and relate it to the objectives of the Comprehensive Health Care Module. (300 – 500 words)
Theme : Reflect on your experience working in a multi-professional team in the management of your patient...
Maksudnya...kita perlu tulis reflection berkenaan pengalaman dan perkara yang dapat dipelajari sepanjang melakukan tugasan CHC,contohnya :pengalaman bekerja dalam kumpulan chc kita yang terdiri daripada pelajar perubatan dan farmasi...ataupun sesama pelajar perubatan sahaja untuk kumpulan yang tiada pelajar farmasi...dan juga pengalaman serta perkara bermanfaat yang diperoleh daripada organisasi yang terlibat semasa lawatan yang kita buat..
Moga-moga lepas ni,tiada lagi yang keliru..dan sebarkanlah maklumat ni kepada kawan-kawan kita yang lain..tarikah tutup untuk menghantar tugasan CHC adalah pada 9 MAC 2010..
Buat tau..jangan tak buat..
Maklumat lanjut boleh didapati dalam web e learning portal,sekian terima kasih..
Pengumuman:HE Set 48 & 50
Perhatian kepada semua ahli HE SET 48
Cik Hidayah, Felo KTSN yang memantau program kita sama ada Green Explorace atau lawatan ke FRIM ingin menilai Buku log kita pada hari Jumaat ini. Sila isikan buku log HE anda secara lengkap dan hantar selewat-lewatnya pada hari Khamis. Sila hantar kepada pengarah atau timbalan pengarah program masing-masing pada hari Khamis semasa kuliah.
Perhatian pula kepada HE set 50,
Tempat : DK 2
Masa : 2.00 petang
Kehadiran diwajibkan
Terima kasih.
Tuesday, February 23, 2010
Pemeriksaan Kesihatan @ SMK Yaacob Latif
Perhatian kepada pelajar perubatan tahun 2,
Pada 1 Mac 2010 (Isnin minggu depan), akan diadakan program pemeriksaan kesihatan di SMK Yaacob Latif Kuala Lumpur daripada jam 8.00 pagi hingga 1 petang.Jumlah maksimum pelajar yang diperlukan adalah seramai 30 orang...
Surat pelepasan kuliah dan kelas akan diberikan untuk hari tersebut. Dekan memerlukan penglibatan pelajar tahun 2 dalam pemeriksaan kesihatan ini untuk menjadi runners. Merit disediakan.
Pengangkutan akan dimaklumkan kemudian. Kepada sesiapa yang berminat, boleh lah memberi nama kepada Tan Hiang Jin, Senator PERSIAP secepat yang mungkin.
Terima kasih.
Monday, February 22, 2010
Lokasi SGD4 untuk Kumpulan CHC
Masa:
Isnin (01.03.2010) 2.00-5.00 petang
Jumaat ( 05.03.2010) 2.45-5.00 petang
Kumpulan 2 : SKK 2 Blok E, Jabatan Anatomi
Kumpulan 3 : SKK 3 Blok E, Jabatan Anatomi
Kumpulan 4 : SKK 4 Blok E, Jabatan Anatomi
Kumpulan 5 : SKK 5 Blok Q, (berdepan) Unit Sokongan media
Kumpulan 6 : SKK 18 Blok Q, (berdepan) Unit Sokongan media
Kumpulan 7 : SKK 19 Blok Q, (berdepan) Unit Sokongan media
Kumpulan 8 : SKK 6 Blok E, Tingkat 3, Jabatan Mikrobiologi
Kumpulan 9 : SKK 7 Blok E, Tingkat 3, Jabatan Mikrobiologi
Kumpulan 10 : SKK 8 Blok E Tingkat 4, Jabatan Fisiologi
Kumpulan 11 : SKK 9 Blok E Tingkat 4, Jabatan Fisiologi
Kumpulan 12 : SKK 10 Blok E Tingkat 4, Jabatan Fisiologi
Kumpulan 13 : SKK 11 Blok E Tingkat 4, Jabatan Fisiologi
Kumpulan 14 : SKK 12 Blok E Tingkat 4, Jabatan Fisiologi
Kumpulan 15 : SKK 13 Blok E Tingkat 5
Kumpulan 16 : SKK 14 Blok E Tingkat 5
Untuk ketua kumpulan, sila pastikan bahawa LCD dan komputer di lokasi kumpulan anda berfungsi kerana penbentangan memerlukan anda untuk menggunakannya.
Sila laporkan kepada pejabat jika ianya tidak berfungsi dan uruskan pertukaran tempat bagi memudahkan anda semasa hari pembentangan
Sunday, February 21, 2010
HE SET 49: Program Explorace 1 Malaysia
HE SET 49
Checkpoint | Nama |
CP 1 | |
Stesen 1 | Shamira |
Linda | |
Stesen 2 | Shashida |
Nadzirah | |
Stesen 3 | Hajar Rosli |
Sarinah | |
Stesen 4 | Wei Wei |
Hazirah | |
Stesen 5 | Ufairah |
Nadia |
Checkpoint | Nama |
CP 2 | |
Stesen 1 | Izzati |
Intan | |
Stesen 2 | Aini |
Amilin | |
Stesen 3 | Wei Ming |
Yi Rong | |
Stesen 4 | Hafizah |
Faizah | |
Stesen 5 | Auni |
Nabilah |
Checkpoint | Nama |
CP 3 | |
Stesen 1 | Kee Tat |
Juin Yi | |
Stesen 2 | Faraheen |
Norizan | |
Stesen 3 | Idanis |
Emma | |
Stesen 4 | Hajar Azman |
Zatil | |
Stesen 5 | Ngan Shan |
Checkpoint | Nama |
CP 4 | |
Stesen 1 | Suganthini |
Na’aimah | |
Stesen 2 | Viknesh |
Ilyas | |
Stesen 3 | Shairah |
Pui Ling | |
Stesen 4 | Faidhi |
Nethrah | |
Stesen 5 | Sin Jie |
Sze Ying |
Checkpoint | Nama |
CP 5 | |
Stesen 1 | Shamira |
Linda | |
Stesen 2 | Shashida |
Nadzirah | |
Stesen 3 | Hajar Rosli |
Sarinah | |
Stesen 4 | Wei Wei |
Hazirah | |
Stesen 5 | Ufairah |
Nadia |
>org yang menjaga Check Point 5 adalah orang yang sama menjaga Check Point 1 kerana lokasi yang sama.
>penerangan untuk tugasan di setiap check point akan dimaklumkan kemudian. Harap kerjasama daripada semua..
>sebarang pertanyaan hubungi Ufairah - 0132739391.
Sekian
Thursday, February 18, 2010
Buletin EPIK: Generasi Al-Quran dan Hadith
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah"
-surah al-Alaq, ayat 1,2-
Alhamdulillah, dari hari ke hari, kita sedang belajar memahami ciptaan Allah yang mulia, iaitu manusia. Sedang kita belajar tentang makhluk yang serba lengkap ini, kita jarang berbincang mengenai Pencipta Yang Maha Kuasa. Apakah kita sudah cukup mengenali Tuhan kita?
InsyaAllah dalam post kali ini, saya ingin tekankan tentang kepentingan menuntut ilmu agama, terutama AlQuran dan Hadis. Tidak dinafikan kita lahir dalam keluarga muslim, kita diajar mengucap dua kalimah syahadah dari kecil lagi. Tetapi, ilmu yang kita ada masih belum cukup untuk memastikan diri kita sentiasa di jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah.
Rasulullah s.a.w. dalam khutbahnya yang terakhir, baginda memesan kepada umat Islam, supaya berpeganglah kepada AlQuran dan sunnahnya, nescaya kita tidak akan sesat di dunia ini. Dua perkara ini perlu kita fahami sepenuhnya, perlu sentiasa diingatkan, agar kita berada di jalan yang benar dan diredhai Allah.
"AlQuran ini menjadi panduan bagi membuka hati manusia dan menjadi hidayah petunjuk serta rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya)"
-surah Al-Jasiyah, ayat 20-
Bagi setiap Muslim yang betul-betul beriman kepada Allah, bacalah dan tadabbur (memahami) setiap ayat-ayat di dalam AlQuran. Memang kita tidak pandai memahami bahasa Arab sepenuhnya, tetapi menjadi kewajipan bagi kita untuk memahaminya menggunakan kitab terjemahan maupun tafsir AlQuran. Allah begitu menekankan perkara ini, dan mengingatkan kita dengan firmannya:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai"
-surah Al-A'raf, ayat 179-
Selepas AlQuran, panduan kita yang utama ialah hadis Rasulullah s.a.w. Memang ramai diantara kita yang selalu membaca AlQuran, tetapi kita terlupa untuk mencari dan belajar ilmu hadis. Apabila kita tidak pandai membezakan antara hadis ataupun bukan, antara sahih mahupun dhaif, maka dengan kejahilan inilah yang menyebabkan ramai umat Islam yang sesat dan berlakunya perpecahan.
Sememangnya hadis Rasulullah s.a.w. yang menerangkan dan menjelaskan lagi maksud ayat-ayat AlQuran, yang mengajar cara-cara mengabdikan diri kepada Allah, menerangkan perlakuan mulia baginda dalam kehidupan seharian. Bagindalah ikutan dan idola sebenar yang perlu kita contohi. Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk mencari dan memahami hadis-hadis baginda dengan sedaya yang mampu.
"Barangsiapa yang taat kepada rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah, dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka (ketahuilah), Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pengawal mereka (pemelihara mereka dari melakukan kesalahan)"
-surah an-Nisa, ayat 80-
Sama-samalah kita memperbanyakkan lagi ilmu agama, supaya dengannya dapat membawa diri kita ke jalan kebenaran dan keredhaan Allah. Walaupun kita sibuk belajar ilmu perubatan, ilmu akhirat ini tidak boleh sama sekali kita ketepikan, kerana tanpanya, kita akan sesat dan terpesong dari tujuan sebenar penciptaan kita didunia ini.
InsyaAllah, segala yang baik kita ambil pengajaran, jika terdapat kesilapan mohon teguran rakan-rakan sekalian. =)
Saturday, February 13, 2010
Gong Xi Fa Cai
Monday, February 8, 2010
Praktikal Physiology dan MES CNS
Sila bawa bersama hand book for physiology practical yang diberikan semasa semester 3 kerana tajuk praktikal yang akan dilaksanakan adalah
Compare this reflex with a reflex that occurs when an athlete stepped on a sharp object and ankle jerk reflex.
2. Compare the clinical signs seen in the right leg of a patient who had damage to his right lower limb nerve and a patient with spinal cord transection after spinal shock.
3. A man who driving a car is trying to overtake a lorry. Describe the organ and tracts involve in the above situation. If he had an accident and damage the cerebellum what are the abnormal movements seen. How does this differ with damage to basal ganglia.
4. Explain the physiological responses in a man from the Arctic who went backing in the Sahara desert.
Selamat menjawab dan siapkanlah yerr....
Sekian.
Sunday, February 7, 2010
HE SET 48
MAJLIS TERTINGGI
Ketua Pengarah : Tan Khai Pin
Timbalan Pengarah II : Nurul Izzati binti Hashim
Setiausaha : Leong Qi Wen
Naib Setiausaha : Low Huik May
Bendahari : Nor Aimi bt Abdul Rahman
Naib Bendahari : Nur Hanisah binti Habeeb Rahman
SEKRETERIAT
Exco Program I : Humaira’ binti Jasme
Exco Program II : Yew Shiong Leong
Loo Siew Mei
Choo Mei Yung
Anis Farahanum bt Zainal Abidin
Siti Maryam Abdul Hadi Ok Mee
Chia Wei Ming
Ernie Nazeera
Thanuja A/P Ramanathan
Exco Protokol I : Ainur Elliana bt Sohaimi
Exco Protokol II : Nor Aishah bt Hanaffi
Exco Teknikal I : Mohd Firdaus b Ibrahim
Exco Teknikal II : Muhammad Hazim b Shahrum
Muhammad Syahzuhair b Sajali
Lim Chun Shen
Exco Pemasaran I : Noor Farhana bt Zakaria
Exco Pemasaran II : Azizah bt Mohamad Nor
Tiong Chui Ung
Exco Publisiti I : Nur Aqeeda Izzaty Abd Rahman
Exco Publisiti II : Nor Rumaizah Mohd Nordin
Nor Anith Mohd Azhar
Nabihah binti Mohd Abdul Shani Alhad
Exco TTK I : Siti Nadhira bt Ahmad Khairudin
Exco TTK II : Siti Zuraidah bt Arshad
Siti Adibah bt Zakaria
Ainaa Athirah Ahmad Khusairi
Exco Cenderamata I : Nor Farahin Abd Kahar
Exco Cenderamata II : Noor Aqilah bt Abdul Latif
Rumaisa’ Mohd Parid
Siti NurAfniar bt Othman
Exco Keselamatan I : Aaron Samuel
Exco Keselamatan II : Kelvin Lee Zhi Xing
Exco Logistik I : Trevor Chan Keng Guan
Exco Logistik II : Tan Chun Yeal
Exco Dokumentasi I : Muhamad Zulhilmi Akmal Zainuddin
Exco Dokumentasi II : Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah
Saturday, February 6, 2010
Buletin EPIK: Muhasabah diri
Lebih kurang 20 tahun kita hidup di dunia ini, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan selepas kematian? Adakah kita yakin bahawa amalan kita sudah cukup untuk menjamin syurga Allah?
Seruan Allah kepada mereka yang beriman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan"
-al-Hasyr, ayat 18-
Walaupun kita sebagai pelajar sentiasa sibuk belajar, mengulangkaji, membuat kerja mahupun menguruskan program, kita perlu sentiasa ingat bahawa kita pasti akan mati. Mungkin esok, mungkin lusa, ataupun minggu depan, hanya Allah yang mengetahui ajal maut seseorang. Sebagai hamba yang beriman, Allah mengingatkan kita supaya sentiasa refleksi diri kita, kerana diakhirat kelak, tiada siapa yang dapat menolong kita melainkan amalan kita sendiri.
Sentiasa mengingati mati tidak bermaksud kita perlu bersedih selalu, menangis siang malam kerana dosa-dosa yang kita telah buat. Apa yang penting ialah kita sedar akan apa yang telah kita lakukan, istighfar (meminta keampunan Allah) sebanyak mungkin, dan memperbanyakkan lagi amalan kebaikan (solat sunat, puasa, sedekah, tolong rakan, nasihat-menasihati). Kita sebagai manusia biasa tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.
"Dan bagi setiap umat mempunyai arah (kiblat) yang masing-masing menujunya. Maka, berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebaikan, kerana dimana saja kamu berada, Allah pasti akan mengumpulkan kamu semuanya (pada hari kiamat). Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
-surah al-Baqarah, ayat 148-
Jadi marilah kita sama-sama muhasabah diri, fikirkan sejauh manakah keimanan kita, sejauh mana kita kenal Allah dan Rasulullah s.a.w., cukupkah ilmu-ilmu yang kita belajar ini untuk membawa kita lebih dekat kepada Allah. Sama-samalah kita perbaiki lagi diri kita, banyakkan lagi membuat kebaikan kepada Allah dan kepada sesama manusia. Semoga peringatan ini bermanfaat buat rakan-rakan semua. Selamat belajar. =)
"Dan sesungguhnya seseorang manusia itu hanya memperoleh (pahala) apa yang telah diusahakannya, dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna."
-surah an-Najm, ayat 39-41-
Perubahan Kuliah
Perhatian kepada semua pelajar perubatan tahun 2,oleh sebab ramai pelajar yang ingin pulang awal bersempena cuti Tahun Baru Cina dan dalam masa yang sama mahu menghadiri kuliah yang sepatutnya dibuat pada hari jumaat ni..maka kuliah tersebut:
Tajuk: CL 19-Head injuries and intracranial hemorrhage
Jadual asal: Jumaat (12/02/2010) ,11 am, akan ditukarkan kepada:
Khamis, (11/02/2010) 10am ,Tempat: DK1
Jadi lepas ni sebarkan berita ni kepada kawan-kawan kita yang lain dan semua pelajar dimestikan menghadiri kuliah tu tanpa sebarang alasan lagi..kemudian bolehlah bercuti..ok
Sekian,terima kasih..
Tuesday, February 2, 2010
Dialog Kebajikan..
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Objektif program:
>Menyelesaikan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar seperti merit, penempatan kolej, program JAKSA dan sebagainya.
>Memberi peluang kepada pelajar menyuarakan masalah/pendapat/komen/cadangan kepada pihak JAKSA dan PERSIAP berkaitan kolej ataupun fakulti.
>Menjelaskan kembali hal-hal yang menyebabkan kekeliruan pelajar berkaitan isu merit JAKSA, AMSA dan PERSIAP. (confuse..confuse..)
>Membangkitkan sikap keprihatinan pelajar pada isu-isu semasa berkaitan kolej penempatan.
So, anda semua diWAJIBkan untuk hadir..kehadiran akan diambil..
Tugas anda: sila sediakan soalan (jika anda mempunyai masalah/kekeliruan) untuk disuarakan pada malam tersebut.
Kami dari pihak PERSIAP mohon sangat-sangat kerjasama anda untuk hadir kerana ini melambangkan imej kita sebagai ahli PERSIAP untuk terlibat dalam program PERSIAP sendiri. Jangan risau, merit akan disediakan.
p/s: pesan pada kawan-kawan anda untuk hadir bersama ya..
Monday, February 1, 2010
JOURNAL APPRAISAL
Kepada semua pelajar,artikel bertajuk "Patients' Satisfaction In Antenatal Clinic HUKM" yang akan dibincangkan semasa SGD PPD Journal Appraisal boleh didapati dalam Your download dibawah..
sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan yang lain..manalah tahu kalau-kalau dorang belum download lagi..dan kepada yang dah download..bacalah dan cubalah cari idea untuk perbincangan dalam SGD nanti...ok
Sekian,terima kasih..