Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Monday, February 16, 2009

Dilema Jamuan KCKL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, di sini saya ingin memberi sedikit ucapan berkaitan jamuan makan malam KCKL memandangkan ramai yang agak keliru dan masih tertanya-tanya apakah tujuan jamuan ini diadakan. Justeru itu, saya harap segala kekeliruan dan segala tidak puas hati anda akan terjawab. Jika saya salah, betulkanlah kerana saya juga manusia seperti anda.
Jamuan medic kckl yang akan diadakan pada 6 Mac 2009 adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kita dan pelajar tahun 2 yang akan mengakhiri pengajian di kampus kl dan meneruskan perjuangan di HUKM. Jadi, organisasi jamuan ini telah cuba yang terbaik untuk menjayakan majlis makan malam ini. Penentuan tempat, tarikh, perjalanan program, adalah dibawah perbincangan ahli organisasi termasuk BBA 0813 dan juga wakil PERSIAP.

Setiap keputusan yang kami lakukan adalah hasil perbincangan bersama, seperti konsep syura dalam islam. Jadi kami tidak membuat keputusan mengikut kehendak satu-satu pihak sahaja. Cadangan yang disuarakan memang kami sendiri telah terima, cuma pelaksanaannya bergantung kepada perbincangan ahli organisasi jamuan dan wakil PERSIAP. Saya berharap tiada individu yang amik hati dan harap semua dapat berseronok pada malam jamuan tersebut.

Walaupun makan itu belum tentu puas kerana kita mengambil konsep hidang, tapi kita bersyukurlah, kerana ramai lagi saudara-saudara kita diluar sana yang menderita, yang ingin mencari rezeki pun amatlah susah. Kita bersederhana dalam menjalankan aktiviti, walaupun bayarannya agak mahal, tapi kami cuba yang terbaik untuk kebaikan bersama. Program ini pun diadakan setahun sekali, jadi kita ikhlaskanlah diri untuk pergi, meraikan pelajar medic tahun 2. Insya-Allah pada tahun hadapan, pelajar tahun 1 0914 akan meraikan kita pula. Jadi kita berharap agar ianya akan berterusan, bukan atas dasar paksaan kepada junior, tapi atas jalinan persaudaraan yang kita inginkan. Kita sama-sama muhasabah diri, dan fikirkanlah untuk kebaikan bersama. Sekian terima kasih.

-Ketua BBA-

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.