Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Wednesday, September 30, 2009

Jamuan raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sempena bulan syawal yang mulia ini, pihak BBA dengan kerjasama PERSIAP KCKL akan menganjurkan satu jamuan hari raya (ala-ala rumah terbuka, tapi untuk batch kita je) untuk kita semua bersama-sama berkumpul dan merapatkan hubungan silaturahim di antara kita di samping untuk memohon kemaafan andai kata ada terlanjur kata dan salah silap yang berlaku.

Tarikh : 2 oktober 2009 ( Jumaat)
Tempat : TIBE
Masa : 2.30 petang
Pakaian : formal, sopan dan tidak menjolok mata
Bayaran : RM 0.00 (x yah bayar la)

Untuk lelaki adalah digalakkan memakai baju melayu dan lebih 'molek' jika berpakaian satu set berserta sampin sekali. Untuk perempuan digalakkan untuk memakai baju kurung. Bagi kaum cina dan india adalah digalakkan juga untuk memakai pakaian tradisional masing-masing.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbangkan makanan seperti kuih raya, lemang, ketupat, atau apa sahaja untuk dikongsi bersama bolehlah memberinya kepada mana-mana organisasi BBA selewat-lewatnya hari khamis untuk memudahkan pihak BBA untuk menghidangkan makanan tersebut.

Marilah sama-sama kita memeriahkan lagi majlis ini di samping menjamu makanan yang enak dan lazat, kita juga dapat merapatkan hubungan sesama kita dan semoga kenangan indah kita bersama akan kekal selama-lamanya.




Gambar Hiasan








Datang jangan tak datang. Rugi sapa yang tak datang. Makan free ni.
Duit raya??? x tau lagi..

Monday, September 28, 2009

Sila ambil perhatian

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu pertandingan puisi, melukis poster, dan multimedia akan diadakan di UKM Bangi pada awal bulan Oktober ini. Pengangkutan untuk ke Bangi disediakan.

Oleh itu sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan bolehlah berjumpa atau berhubung dengan saudara Ilyas.
(Kalau tak silap tema adalah berdasarkan alam sekitar atau yang seumpama dengannya. Tak pasti la.)


Bagi sesiapa yang ingin menambah markah kompentensi generik, ini adalah salah satu peluang terbesar bagi anda.


Maklumat lanjut sila berhubung dengan Ilyas.

Cepat!! Penyertaan adalah terhad.

Siapa Cepat Dia Dapat.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini terutamanya yang beragama Islam. Setelah sebulan kita berpuasa akhirnya tibalah masa untuk kita merayakan hari kemenangan.

Selamat Hari Raya Aldilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Photobucket
(maaflah jika ada buat sebarang kesilapan)

Sempena Hari yang mulia ini marilah kita sama2 bermaafan dan ziarah menziarahi antara satu sama lain di samping merapatkan hubungan silaturrahim. Tidak lupa juga dapat duit raya.
Photobucket(kalau x dapat jangan mintak pulak, buat malu jer)

Pada hari raya adalah digalakkan untuk kita mandi sunat di hari raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selain itu, disunatkan juga untuk makan terlebih dahulu sebelum pergi ke masjid untuk solat. Kita juga digalakkan untuk mengambil jalan yang berbeza semasa pergi dan pulang. Perbanyakkanlah takbir dan bukan menonton TV Photobucketatau main mercun.

Dalam masa yang sama kita tetap perlu menjaga batas-batas pergaulan dan menjaga aurat. Pakaian janganlah terlalu terdedah sehingga menampakkan segalanya yang tidak patut ditunjukkan.Jangan terlalu leka berziarah sehingga terlupa plak nak bersolat.

Raya pun raya gak tapi jangan la asyik makan ketupat ngan lemang je sampai lupa nak buat benda lain.Photobucket

Diharapkan agar semua dapat pulang semula ke kolej dengan keadaan yang sempurna dan tiada sebarang kecederaan dari bermain mercun atau sebagainya.
Photobucket
jangan jagi camni.

Diharapkan juga agar semua dapat membawa kuih-muih bersama ketika pulang ke kolej dan dapatlah kita menyambut hari raya bersama rakan-rakan yang lain.Photobucket(nak raya ngan korang sume)

Sekian saja untuk kali ini.

Friday, September 18, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan

Assalamalaikum dan salam sejahtera..

Dalam sedar dan tidak sedar dah sebulan kita berpuasa.Photobucket (dah nak abis dah). Di kesempatan ini, marilah kita semua merenung sejenak sejauh manakah ibadah kita sepanjang sebulan ini.Photobucket
Pertama sekali mengapakah kita berpuasa?? Adakah kerana orang lain puasa kita pun puasa? atau sebab nak raya? ataupun puasa kerana Allah SWT?
Photobucket
Sepatutnya di bulan ramadhan inilah kita merebut peluang keemasan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah dimana amalan kita digandakan sehinggakan ibadah sunat diberi pahala menyamai ibadah wajib.

"Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan penuh rasa keinsafan, akan diampunkan dosa- dosa nya yang lalu" Riwayat Bukhari dan Muslim

Apa yang kita dapat sepanjang sebulan berpuasa? Adakan dosa-dosa kita yang lalu diampunkan? Sejauh manakah tarbiah ramadhan kali ini dapat mendidik diri kita? Dapatkan hawa nafsu kita dapat diasuh? Atau sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja?

Jika di zaman Rasulullah dahulu, para sahabat akan menangis di penghujung ramadhan kerana bonus yang diberi oleh Allah telah berakhir tetapi kita?
menangis juga tetapi kerana tidak dapat baju raya yang diinginkan.Photobucket

Bila hujung ramadhan ni mula lah semua orang sibuk memikirkan tentang baju raya dah beli ke belum, warna apa nak beli, kuih raya dah buat belum, berapa banyak nak beli sehingga meninggalkan peluang keemasan yang diberi ini.

Di penghujung ramadhan ini adalah kesempatan kita untuk merebut kesempatan yang masih ada dengan mempertingkatkan lagi ibadah dan mencari malam Lailatul Qadar yang mana dikatakan ganjaran pahala menyamai dengan 1000 bulan.Photobucket

Jika di bulan ramadhan kita dapat bangun awal untuk bersahur dan solat tahajjud, kita dapat khatam Al-Quran dalam masa sebulan, kita dapat solat berjemaah lima waktu berjemaah. Adakah kita dapat teruskan pada bulan-bulan yang lain?

Sejauh manakan ramadhan kali ini dapat mensucikan hati dan meningkatkan prestasi? Photobuckettepuk dada tanya iman.

Semoga kita dapat bersama-sama bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun akan datang.

Sekian saja..

Friday, September 11, 2009

Belanjawan modul CVS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk pengetahuan semua berikut adalah penggunaan wang yang digunakan untuk modul CVS


Saje je bagitau...
xde la nnti korang persoalkan mana perginya duit RM 10 yang dibayar.
angguk2
Duit yang selebihnya akan dibawa ke modul berikutnya dan juga akan digunakan untuk apa-apa kegunaan kita bersama.

Monday, September 7, 2009

Organisasi BBA Semester 3 09/10


Ni la die organisasi BBA tahun ini. Dah pertengahn sem baru nk ltk..

Saturday, September 5, 2009

Pembetulan..................................................

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Maaf atas kesilapan yang berlaku.alamalk!!Untuk program pembara ilmu, bas dari K1 akan bertolak pada pukul 7.00 pagi bukan 7.30 pagi.

Majlis tetap akan bermula pada pukul 8.oo pagi, tetapi para pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu pada pukul 7.30 pagi. Tolong beritahu kawan-kawan yang lain.

Maaf atas segala kesulitan.

Friday, September 4, 2009

Program Pembara Ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ahad ini bersamaan 6 September 2009 akan diadakan Program pembara ilmu di Dewan kuliah 1.

Semua pelajar tahun 2 diWAJIBkan hadir... Kehadiran akan diambil pada hari tersebut.

Program pada hari tersebut dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi adalah ceramah motivasi dan sesi petang pula adalah latihan dalam kumpulan(LDK). Para pelajar tahun 2 dikehendaki hadir mendengar ceramah tersebut dan LDK dikhaskan untuk pelajar tahun 1 sahaja. Kalau nak join pn boleh gak.Photobucket.
Selepas nak pecah kepala study CVS stress!! jom la kita releasekan sikit tension tu dengan menyertai program ini.

semoga dengan motivasi ini dapat meningkatkan semangat kita untuk belajar.xde semangat kepada Photobucket

Merit pun ade gak. jangan risau. baik punye!

Program akan bermula pada pukul 8.oo pagi.Pengangkutan disediakan dari K1 ke fakulti. Bas akan disediakan pada pukul 7.30 pagi. Sape yang lambat, jalan kaki la. atau sape yang ade moto tu boleh la naik motor Photobucket. Ajak kawan-kawan yang lain datang skali.

Sekian saja untuk kali ini. Jumpa di sana.

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.