Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Friday, September 18, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan

Assalamalaikum dan salam sejahtera..

Dalam sedar dan tidak sedar dah sebulan kita berpuasa.Photobucket (dah nak abis dah). Di kesempatan ini, marilah kita semua merenung sejenak sejauh manakah ibadah kita sepanjang sebulan ini.Photobucket
Pertama sekali mengapakah kita berpuasa?? Adakah kerana orang lain puasa kita pun puasa? atau sebab nak raya? ataupun puasa kerana Allah SWT?
Photobucket
Sepatutnya di bulan ramadhan inilah kita merebut peluang keemasan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah dimana amalan kita digandakan sehinggakan ibadah sunat diberi pahala menyamai ibadah wajib.

"Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan penuh rasa keinsafan, akan diampunkan dosa- dosa nya yang lalu" Riwayat Bukhari dan Muslim

Apa yang kita dapat sepanjang sebulan berpuasa? Adakan dosa-dosa kita yang lalu diampunkan? Sejauh manakah tarbiah ramadhan kali ini dapat mendidik diri kita? Dapatkan hawa nafsu kita dapat diasuh? Atau sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja?

Jika di zaman Rasulullah dahulu, para sahabat akan menangis di penghujung ramadhan kerana bonus yang diberi oleh Allah telah berakhir tetapi kita?
menangis juga tetapi kerana tidak dapat baju raya yang diinginkan.Photobucket

Bila hujung ramadhan ni mula lah semua orang sibuk memikirkan tentang baju raya dah beli ke belum, warna apa nak beli, kuih raya dah buat belum, berapa banyak nak beli sehingga meninggalkan peluang keemasan yang diberi ini.

Di penghujung ramadhan ini adalah kesempatan kita untuk merebut kesempatan yang masih ada dengan mempertingkatkan lagi ibadah dan mencari malam Lailatul Qadar yang mana dikatakan ganjaran pahala menyamai dengan 1000 bulan.Photobucket

Jika di bulan ramadhan kita dapat bangun awal untuk bersahur dan solat tahajjud, kita dapat khatam Al-Quran dalam masa sebulan, kita dapat solat berjemaah lima waktu berjemaah. Adakah kita dapat teruskan pada bulan-bulan yang lain?

Sejauh manakan ramadhan kali ini dapat mensucikan hati dan meningkatkan prestasi? Photobuckettepuk dada tanya iman.

Semoga kita dapat bersama-sama bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun akan datang.

Sekian saja..

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.