Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini terutamanya yang beragama Islam. Setelah sebulan kita berpuasa akhirnya tibalah masa untuk kita merayakan hari kemenangan.
Selamat Hari Raya Aldilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
(maaflah jika ada buat sebarang kesilapan)
Sempena Hari yang mulia ini marilah kita sama2 bermaafan dan ziarah menziarahi antara satu sama lain di samping merapatkan hubungan silaturrahim. Tidak lupa juga dapat duit raya.
(kalau x dapat jangan mintak pulak, buat malu jer)
Pada hari raya adalah digalakkan untuk kita mandi sunat di hari raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selain itu, disunatkan juga untuk makan terlebih dahulu sebelum pergi ke masjid untuk solat. Kita juga digalakkan untuk mengambil jalan yang berbeza semasa pergi dan pulang. Perbanyakkanlah takbir dan bukan menonton TV atau main mercun.
Dalam masa yang sama kita tetap perlu menjaga batas-batas pergaulan dan menjaga aurat. Pakaian janganlah terlalu terdedah sehingga menampakkan segalanya yang tidak patut ditunjukkan.Jangan terlalu leka berziarah sehingga terlupa plak nak bersolat.
Raya pun raya gak tapi jangan la asyik makan ketupat ngan lemang je sampai lupa nak buat benda lain.
Diharapkan agar semua dapat pulang semula ke kolej dengan keadaan yang sempurna dan tiada sebarang kecederaan dari bermain mercun atau sebagainya.
jangan jagi camni.
Diharapkan juga agar semua dapat membawa kuih-muih bersama ketika pulang ke kolej dan dapatlah kita menyambut hari raya bersama rakan-rakan yang lain.(nak raya ngan korang sume)
Sekian saja untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment