Sempena bulan syawal yang mulia ini, pihak BBA dengan kerjasama PERSIAP KCKL akan menganjurkan satu jamuan hari raya (ala-ala rumah terbuka, tapi untuk batch kita je) untuk kita semua bersama-sama berkumpul dan merapatkan hubungan silaturahim di antara kita di samping untuk memohon kemaafan andai kata ada terlanjur kata dan salah silap yang berlaku.
Tarikh : 2 oktober 2009 ( Jumaat)
Tempat : TIBE
Masa : 2.30 petang
Pakaian : formal, sopan dan tidak menjolok mata
Bayaran : RM 0.00 (x yah bayar la)
Tempat : TIBE
Masa : 2.30 petang
Pakaian : formal, sopan dan tidak menjolok mata
Bayaran : RM 0.00 (x yah bayar la)
Untuk lelaki adalah digalakkan memakai baju melayu dan lebih 'molek' jika berpakaian satu set berserta sampin sekali. Untuk perempuan digalakkan untuk memakai baju kurung. Bagi kaum cina dan india adalah digalakkan juga untuk memakai pakaian tradisional masing-masing.
Bagi sesiapa yang ingin menyumbangkan makanan seperti kuih raya, lemang, ketupat, atau apa sahaja untuk dikongsi bersama bolehlah memberinya kepada mana-mana organisasi BBA selewat-lewatnya hari khamis untuk memudahkan pihak BBA untuk menghidangkan makanan tersebut.
Marilah sama-sama kita memeriahkan lagi majlis ini di samping menjamu makanan yang enak dan lazat, kita juga dapat merapatkan hubungan sesama kita dan semoga kenangan indah kita bersama akan kekal selama-lamanya.
Gambar Hiasan
Datang jangan tak datang. Rugi sapa yang tak datang. Makan free ni.
Duit raya??? x tau lagi..
No comments:
Post a Comment