Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Friday, October 16, 2009

AMBANG WARISAN MESRA


AMBANG WARISAN MESRA DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-35 PERSIAP

24 OKTOBER 2009

7.00 PAGI – 11.30 MALAM

PUSAT PERUBATAN UKM & KOLEJ TUN DR ISMAIL


Aturcara majlis:

8.00 pagi – 2.00 petang

Futsal (lelaki) dan bola jaring (wanita)

2.00 petang – 5.00 petang

Aktiviti Bebas Bersama Buddy

5.00 petang – 6.15 petang

Explore PERSIAP (explorace)

Explore PERSIAP ini melibatkan 1150 orang pelajar perubatan UKM tahun 1-5. Kami membahagikan kumpulan mengikut line buddy. Setiap kumpulan terdiri daripada 10-15 orang pelajar. Kami menggunakan konsep OSCE/OSPE untuk aktiviti ini. Senarai line buddy beserta no hp akan dikeluarkan pada hari Jumaat 16/10/2009. Anda dikehendaki menghubungi buddy2 anda dan meminta mereka hadir. Bawa sekeping gambar anda untuk aktiviti ini.

8.00 malam – 9.30 malam

Perasmian oleh Prof Dato Dr Lokman Saim

Ucaptama oleh Dato Amir Abbas (Dekan Fakulti Perubatan UKM pertama)

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan doa. Kemudian diikuti dengan ucapan pengarah program. Ucaptama oleh Dato’ Amir Abbas, dekan pertama fakulti perubatan UKM menyusul selepas itu. Perasmian disempurnakan oleh Prof Dato Dr Lokman Saim, dekan fakulti perubatan UKM. Perasmian merangkumi : (1) Pelancaran modul kemaskini sistem buddy (2) Pelancaran Logo Badan Bertindak Akademik (3) Pelancaran program Warisan Mesra yang akan dijalankan pada 9 Januari 2010.

9.30 malam – 11.30 malam

Forum

Forum pada malam itu akan menyentuh aspek : (1) Implementasi gaya PBL dalam gaya belajar pelajar (study group or study alone) yang dikupas oleh Prof Dr Nabishah, Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan UKM (2) Sikap pelajar yang dikupas oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

11.30 malam

Tidur di bilik buddy.

Hubungi buddy anda terlebih dahulu. Buddy klinikal diminta memberikan kerjasama. Objektif adalahmerapatkan hubungan line buddy anda yang semestinya tidak cukup hanya dalam masa beberapa jam.

Senarai buddy line telah dimuatnaik di dalam album foto Facebook BBA setiap tahun iaitu :

1. PERSIAP BBA TAHUN SATU

2. PERSIAP BBA TAHUN DUA

3. PERSIAP BBA TAHUN TIGA

4. PERSIAP BBA TAHUN EMPAT

5. PERSIAP BBA TAHUN LIMA

Anda diminta menghubungi buddy2 anda dan pastikan setiap ahli line buddy anda hadir program ini. Sila semak nama anda dalam senarai itu. Ada beberapa nama yang missing. Semak juga senarai nama line buddy anda. Jika ada salah, sila hantarkan senarai yang betul ke ruangan komen facebook tersebut dengan segera sebelum 18 Oktober 2009.

Kumpulan explorace untuk ambang warisan mesra (24 Oktober 2009) akan dikeluarkan pada hari 18 Oktober 2009. Ia akan terdiri daripada line buddy atau gabungan beberapa line buddy. Jumlah peserta setiap kumpulan ialah antara 10-15 orang.

Diharapkan SEMUA pelajar dapat hadir. Berilah sokongan dan komitmen kepada PERSIAP. Dan hargailah apa yang telah PERSIAP laksanakan ini untuk kebaikan kita bersama.

Kerjasama dan sokongan daripada anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

p/s : Bas KTSN-KTDI ; KTDI-KTSN; SLim River-KTDI ; KTDI-Slim River; Teluk Intan-KTDI; dan KTDI-Teluk Intan telah ditempah. Jadual waktu perjalanan akan dimaklumkan kelak di dalam facebook.

MOHD FADHLI BIN MOHD FAUZI

Yang Dipertua

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM


Dipetik daripada: http://persiap.wordpress.com

1 comment:

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.