Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Saturday, January 23, 2010

Buletin EPIK: Pilihan di Tangan Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selepas habisnya formative assessment, kebanyakan dari kita pastinya berasa lega. Ada yang pulang kerumah, keluar dengan kawan-kawan, tengok movie, dan macam-macam lagi. Sebagai exco pembangunan insan dan kerohanian, ingin dikongsikan satu video dengan rakan-rakan tahun 2 sekalian. Sama-sama kita lihat dan fikir-fikirkan mesej yang ingin disampaikan.


Setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih. Adakah kita inginkan kehidupan yang lebih baik, atau kita sudah cukup bahagia dengan kehidupan sekarang.

Sama-sama kita perhatikan dunia sekarang. Dunia sudah semakin ‘tidak selamat’, dengan akhlak dan moral manusia semakin menjadi-jadi. Dulu ibu sanggup membuang anaknya, sekarang anak pula sudah sanggup membuang ayahnya ditepi jalan. Pembunuhan dan penzaliman berlaku hampir setiap hari. Pernahkah kita berfikir, dimanakah silapnya?

Mungkin kita disini agak bahagia, tetapi kita tidak tahu apa yang terjadi diluar sana. Kita masih boleh belajar dengan tenang, boleh bergembira dan bergelak ketawa dengan rakan, sedangkan saudara kita diluar menderita dan terseksa, ketakutan dengan kezaliman dan kehancuran akhlak manusia.

Apabila manusia semakin lupa asal usul kejadiannya, mereka akan lalai dengan dunia ini. Kita dapat lihat bagaimana manusia begitu mengejar-ngejar kemewahan, mencari pangkat dan kemegahan, sehingga tidak ambil peduli orang disekelilingnya. Apabila tiada ‘dosa’ dan ‘pahala’ yang mereka ingat, maka mereka akan mengejar dunia ini dengan pelbagai cara sekalipun. Itulah tanda-tanda kehancuran akhlak manusia.

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”
–surah Ali-Imran, ayat 110-

Kita perlu berfikir dengan lebih matang, berfikir lebih jauh kehadapan. Kita yang akan menjadi contoh kepada golongan yang lebih muda, adik-adik, maupun anak-anak kita nanti. Jika kita ambil berat semua ini dan inginkan dunia yang lebih baik, maka mulakanlah perubahan dari diri kita. Buangkan sifat-sifat negatif, ketepikan keseronokan yang sementara ini, dan biasakan diri dengan perkara kebaikan. Buangkan sikap mementingkan diri sendiri dan carilah keredhaan Allah, walau sekecil mana pun perkara yang kita lakukan.

"Barang siapa mengerjakan kebajikan, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri, dan barang siapa berbuat kejahatan, maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hambaNya"
-surah Fussilat, ayat 46-

Semoga pengisian yang serba ringkas ini menjadi peringatan yang bermanfaat buat semua rakan-rakan, insyaAllah.

2 comments:

  1. nadiah likes this video!

    "spread your love and wisdom" =)

    ReplyDelete
  2. yup...kasih syg sgt penting...
    kita perlu pluaskn lg konsep kasih syg ni, bkn pd 'kekasih', tetapi sesama manusia sndiri..
    =P

    ReplyDelete

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.