Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Sunday, January 31, 2010

Our Blog 1st Anniversary!!!


Tahukah anda, pada 31 Januari 2009, exco penerbitan dan multimedia (PEM) BBA yang pertama, saudara Alfatih, telah membuka tapak blog BBA kita ini dengan rasminya.

Bermula dengan template putih lesu dan kolam ikan berenang-renang, pelbagai pembaharuan demi pembaharuan dan pemantapan telah di lakukan oleh exco-exco PEM sepanjang setahun ini. Dalam setahun, jawatan exco PEM telah dipegang oleh beberapa orang pelajar:

Semester 1: Alfatih, Shalisha
Semester 2: Khairul, Shalisha
Semester 3: Mursyid, Poy Cheng
Semester 4: Mursyid, Maryam

Kini di bawah Mursyid, blog BBA telah menjadi medan penyampaian maklumat dan perkongsian pendapat/komen dalam kalangan pelajar perubatan sesi 0813. Bukan itu sahaja, nota-nota kuliah juga boleh dimuat turun di sini. Pengunjung blog juga dihiburkan dengan pelbagai lagu yang di minta dari pengunjung itu sendiri.

Segala maklumat terkini akan dipaparkan di sini dan memudahkan para pelajar mengetahui perkembangan semasa dan terbaru dalam kehidupan seharian sebagai pelajar perubatan UKM.

Kini, usia blog sudah mencapai setahun dan telah mencecah 30 ribu orang pengunjung! Semoga prestasi cemerlang exco-exco PEM yang terdahulu dan kini dapat diteruskan oleh exco PEM yang akan datang dan menjadikan blog ini sebagai medan terbaik penyampaian maklumat pelajar sesi 0813. Cadangan dan komen anda semua amatlah dihagai...Terima kasih.


SELAMAT ULANG TAHUN BLOG BBA 0813!!!

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.