Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Sunday, April 4, 2010

Pesanan Ketua BBA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera diucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian…sudah pasti pada masa ini anda masih lagi sedang sibuk mengulangkaji pelajaran lepas yang sarat dengan nota-nota kuliah,SLP,topik-topik PBL,MES dan sebagainya.Saya doakan agar anda semua dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu tanpa tekanan yang melampau serta mampu menyelesaikan tanggungjawab untuk mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh,penuh semangat dan tekun.

Sebelum memulakan bicara,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang telah membantu saya menjalankan tugas sebagai ketua BBA sama ada secara langsung atau tidak langsung terutamanya kepada MT dan Exco BBA yang telah dilantik pada semester ini.Semoga segala bantuan dan sumbangan yang telah anda berikan akan diberikan ganjaran yang sebaik-baiknya.

Kawan-kawan,kita bakal menghadapi peperiksaan akhir semester praklinikal sebagai satu medan perjuangan untuk menguji sejauh mana kefahaman dan pengetahuan yang telah kita pelajari dan kuasai selama ini.Oleh sebab itu,apabila kita masuk dalam medan perjuangan,sudah pasti persiapan yang lengkap menjadi satu kemestian dan berbekalkan iringan doa serta tawakal, maka barulah kejayaaan yang diharapkan akan datang menyusul.Jadikanlah segala ilmu yang kita pelajari sepanjang tahun-tahun praklinikal ini sebagai bekalan berguna yang akan kita aplikasi dan implementasikan pada tahun-tahun klinikal yang mendatang dan apabila kita bergelar pegawai perubatan nanti serta bukan setakat untuk menghadapi peperiksaan ini semata-mata.Moga-moga kita semua akan lulus dengan cemerlang dan mampu meneruskan pengajian di tahun klinikal tidak lama lagi…InsyaAllah.

Berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan dan penghayatan agar segala usaha yang kita lakukan selama ini dirahmati oleh Allah dan dipermudahkan kepada kita untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan diberikan kelapangan fikiran,daya kefahaman dan daya ingatan yang baik.Semoga segala usaha dan penat lelah kita dalam menuntut ilmu selama ini dengan menghadiri kuliah,menyiapkan tugasan,belajar hingga lewat malam dan sebagainya akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah dengan syarat segala yang kita lakukan ini adalah ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Apa juga keputusannya nanti,haruslah kita terima dengan tenang dan reda serta jadikannya sebagai satu panduan atau pengajaran untuk mempertingkatkan lagi pencapaian diri kita pada masa akan datang.Teruskanlah lagi usaha-usaha anda ke tahap yang paling optimum sehingga ke saat terakhir sebelum menghadapi peperiksaan.Ingatlah bahawa kita semua mampu untuk untuk berjaya dan cemerlang berbekalkan keazaman yang kuat,usaha yang gigih dan berterusan serta iringan doa dan tawakal yang bersungguh-sungguh.Doakan kejayaan kita semua dan selamat berjaya rakan-rakan sekalian……….

WORK YOUR BEST AND GET SOME REST

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.