Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Sunday, May 23, 2010

Penerangan Dari JAKSA KTDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali tahniah kerana berjaya melangkah ke tahun 3, tahun klinikal di PPUKM. Keduanya,kami mewakili pihak jaksa membuka sangat berbesar hati menerima kedatangan adik-adik ke PPUKM dan khususnya ke KTDI.

Disini, kami ingin memohon maaf kerana disebabkan kepadatan masa dan kekurangan tenaga kerja, kami tidak dapat menghantar wakil ke KCKL untuk memberi taklimat berhubung pendaftaran di KTDI pada 25 Mei 2010 dan 2 Jun 2010.

Semasa hari pendaftaran nanti, sebelum pendaftaran dibuka, seorang wakil dari Jaksa, saudara Hafizzudin (klau tak kenal, yang bdan besar tu) akan bagi taklimat sekali lagi. Secara umumnya meja pendaftaran akan dibuka mengikut blok yang terdapat di KTDI iaitu blok A,B,C,D,E,F,laman midah and prisma,tetapi sebelum mendaftar anda dikehendaki melihat kekosongan bilik di senarai bilik yang akan di tampal di papan kenyataan.Oleh sebab jumlah pelajar yang ramai, kami minta adik-adik supaya jangan berebut sesama sendiri kerana tempat cukup untuk semua orang. Di situ,terdapat wakil jaksa akan menjaganya dan setelah adik-adik memilih bilik, no blik akan diberikan kepada adik-adik dan boleh mendaftar di meja pendaftran. Sebagai peringatan, setelah adik mendapat no bilik itu, TIADA PERTUKARAN BILIK AKAN DIBUAT (x3). Jadi buatlah keputusan dengan bijak. Setelah pendaftaran dibuat, adik akan diberikan 3 borang bewarna biru,merah jambu dan kuning untuk melaporkan jika ada sebarang kekurangn perabot atau kerosakan.Kemudian, adik boleh mendapatkan fail untuk Minggu Mesra Tahun Klinikal di satu kaunter lain.Setelah semua selesai adik-adik boleh terus ke bilik masing-masing.

Berkenaan barang-barang, kami menyediakan kanopi untuk meletakkan barang-barang adik-adik sekiranya hujan turun.Kami ingin menegaskan di sini bahawa kami tidak menyediakan tenaga kerja untuk memunggah barang dan mengangakat barang. Pihak PERSIAP telah menyediakan lori untuk mengangkat barang dari KTDI utama ke KTDI midah dan KTDI prisma.

Peraturan-peraturan:
1.Mestilah membawa kad matrik bersama semasa pendaftaran
2.Pada 25 Mei, hanya pelajar yang tidak mengulang peperiksaan sahaja dibenarkan mendaftar dan 2 Jun untuk pelajar mengulang peperiksaan.Sebarang kelewatan atau penipuan dalam pendaftaran akan dikenakan denda.
3. Polisi "first come first serve" dijalankan. Tiada "reserve" bilik dibenarkan.
4. Pertukaran bilik dibenarkan setelah anda telah diberikan kad no bilik anda
5. Sebarang rayuan pertukaran tempat tinggal tidak akan dilayan dan sebarang surat boleh dibawa TETAPI semua rayuan akan dipertimbangkan setelah kemasukan semua pelajar telah selesai
6. Jangan berebut dan bising. Sebgai seorang pelajar perubatan, pemikiran anda yang telah matang itu diharap dapat digunakan dengan sebaik mungkin.Sesungguhnya hari kemsukan anda adalah hari bekerja di KTDI ,jadi hormati penghuni lain.
7. Jadual lori mengangkut barang dari KTDI utama ke KTDI midah dan prisma akan ditampal.
8. Hormati penjaga meja-meja pendaftran dan jangan berkelakuan buruk yang melanggar tatasusila sebagai seorang manusia dan orang timur.
9. Semua barang-barang yang diangkut denga lori hendaklah dipunggah di kanopi lot parking berhadapan bagunan pentadbiran

- Diharapkan semua pelajar tahun 3 dapt mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

WELCOME TO CLINICAL YEAR AND TO THE BEST COLLEGE IN THE COUNTRY, KOLEJ TUN DR ISMAIL.......SEE YOU THERE

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.