Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Monday, May 31, 2010

Pengumuman Penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar. Terdapat beberapa pengumuman PENTING!

1) Taklimat Bersama Prof Lokman Saim

Pada 1 Jun,Selasa, Dekan dan Pengarah PPUKM Prof Dato'Dr.Lokman akan mengadakan taklimat bersama semua pelajar tahun 3 di auditorium HUKM pada pukul 5 petang. Justeru, semua pelajar dikehendaki hadir.

Bagi pelajar yang berulang-alik dari KTSN, bas akan disediakan pada pukul 6 petang. Harap kita dapat meluangkan masa kita untuk bersama dengan Dekan kita ini. Tolong maklumkan dan sampaikan kepada rakan-rakan kita yang lain. Jangan lupa pada rakan-rakan "twinning" kita juga ye.

2) Peperiksaan Ulangkaji 4 Jun

Peperiksaan akan diadakan pada 4 Jun (Jumaat) ditingkat 4 blok pendidikan (atas perpustakaan) pada pukul 6-7.30 petang. Sila bersedia sebaik mungkin.

3) Tayangan video PPD

Tayangan video PPD akan diadakan pada hari Khamis ini, (3 Jun) pukul 8-10 malam di auditorium HUKM. Sila bawa kertas PPD yang telah diberikan untuk diisi dan dilengkapkan sebelum ke kem PPD.Kepada pelajar yang masih belum mendapat kertas itu, esok akan diberikan.

4) Posting Tahun 3

Senarai nama posting semester ini masih belum siap kerana pejabat akademik masih belum mendapat senarai nama pelajar yang perlu mengulang peperiksaan dan mengulang tahun.Senarai tersebut akan ditampal kemudian.

5) Pendaftaran KTDI untuk pelajar lulus peperiksaan ulangan

Pendaftaran akan dibuka pada 2, 3 dan 4 Jun 2010 sahaja. 5 Jun pejabat KTDI cuti. So, sila daftar sebelum tarikh tersebut. Anda boleh membuat pendaftaran jika ada masa free masa klinik asas. Pandai-pandaila cari masa. Untuk pelajar yang daftar di kolej luar (prisma/laman midah), anda digalakkan daftar awal untuk periksa mana-mana perabot yang rosak atau tidak lengkap sepanjang 3 hari ini je. Jika tidak, anda terpaksa menunggu dengan lebih lama sebab kolej tiada transport nak hantar selepas tarikh ini. so, take note ye..

6) Senarai keperluan kem PPD

Untuk senarai pakaian (terutama bagi perempuan), sila ikut senarai yang terbaru iaitu perlu bawa baju hitam putih seperti Tahun Satu dahulu sebab kem ini akan diadakan di kem BTN.

Sekian,terima kasih..........

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.