Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Tuesday, March 30, 2010

Pengesahan Penginapan Kolej, Penyimpanan Barang & Penginapan Semasa Peperiksaan Ulangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia...

Perhatian kepada semua pelajar yang membuat pemohonan untuk tinggal di KTDI, anda dikehendaki membuat pengesahan untuk tinggal di KTDI untuk semester akan datang.

Sila buat pengesahan di laman web

http://smp.ukm.my/upp/

Tarikh membuat pengesahan adalah dari
29 Mac 2010 hingga 6 April 2010


Sila cetak pengesahan tersebut dan hantar bersama
2 keping gambar
ke pejabat KTSN selewat-lewatnya Jumaat minggu hadapan

Exco kebajikan PERSIAP akan menghantarkannya ke KTDI kemudian

Siapa yang lambat, hantar sendiri ke KTDI ok...

Sebarang masalah berkaitan pendaftaran, boleh diadukan kepada pejabat kolej/felo secara terus atau secara bertulis


Apa yang difahamkan, pengesahan ini adalah untuk penempatan di KTDI dan Laman Midah..

Selepas pengesahan ini, pengiraan kuota akan dibuat dan selepas itu baru ditetapkan penempatan anda sama ada di dalam KTDI atau di Laman Midah menurut pengiraan merit.

Menurut Exco Kebajikan PERSIAP, senarai tersebut akan dikeluarkan 2 minggu sebelum pendaftaran kolej. Jadi rajin-rajin lah buka blog KTDI pada waktu tersebut..

InsyaAllah senarai tersebut juga akan dipamerkan dalam blog ni..

Makluman tambahan daripada Exco Kebajikan PERSIAP, para pelajar boleh tinggalkan barang di dalam bilik masing-masing sehingga 28 Mei 2010

Pelajar yang perlu 'reseat paper' juga dibenarkan untuk tinggal di bilik masing-masing sehingga tamat peperiksaan ulangan.

Sekian untuk kali ini...teruskan belajar dan terus belajar...

Sunday, March 28, 2010

Buletin EPIK : Peringatan Menjelang Peperiksaan Akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia

Alhamdulillah, sungguh pantas masa berlalu, akhirnya tamat sesi pembelajaran semester ke-4. Sudah tentu kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi final exam, membaca nota-nota kuliah, berbincang dengan rakan, bertanya pada pensyarah.

InsyaAllah untuk post kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit peringatan, buat diri kita yang sentiasa lupa, agar peperiksaan yang akan kita hadapi ini mendapat rahmat dan keberkatan Allah.


Seperti biasa, apabila menjelangnya 'musim' peperiksaan, kita mestilah lebih mendekatkan diri kita kepada Allah. Jika sebelum ini kita jarang turun surau, mulai sekarang kita tanamkan azam untuk sentiasa berjemaah disurau. Perbanyakkan solat sunat dan berdoa kepada Allah, terutama di sepertiga malam yang terakhir, kerana waktu itulah doa-doa kita mudah untuk dimakbulkan Allah. Mohonlah keampunan, kejayaan dalam peperiksaan, dan tanamkan azam untuk menjadi lebih baik lagi dimasa akan datang.(tapi jangan waktu exam je, teruskan walaupun selepas exam)

Diberitakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman 'Barang siapa berdoa kepadaKu, akan Kuperkenankan doanya. Barang siapa meminta kepadaKu, akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun, akan Ku ampuninya."
-sahih riwayat Bukhari, bab Solat Tahajud-

Yang kedua, mohonlah keampunan dan doa daripada kedua ibu bapa kita. Bagi yang tinggal berdekatan, pulanglah sebentar, bagi yang jauh, telefonlah mereka. Tanyakan khabar, mohon kemaafan, dan ucapkan terima kasih kepada mereka. Sesungguhnya yang membantu kita untuk hidup dan berjaya hingga kini adalah atas usaha dan doa daripada ibu bapa kita juga. Pastikan kita sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan mereka.

"Dan Kami perintahkan (wajibkan) manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kamu dikembalikan"
-surah Luqman, 31:14-

Ketiga, menjaga waktu tidur dengan baik. Ramai pelajar yang suka menghabis waktu malamnya sehingga ke pagi, lebih teruk apabila ada yang menggunakan waktu itu untuk bermain game dan menonton movie. Susunlah masa kita dengan lebih teratur, kerana malam itu telah Allah jadikan untuk kita berehat. Malah sebagai bakal doktor, kita patut lebih tahu berapa lama waktu yang secukupnya untuk kita tidur.

"Dialah yang menjadikan malam bagimu, agar kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sungguh, yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar (dan mengambil pelajaran darinya)."
-surah Yunus, 10:67-

Yang terakhir dari saya, jagalah kesihatan kita dengan baik. Pastikan kita minum air kosong (masak/mineral) secukupnya, agar fisiologi tubuh kita sentiasa dalam keadaan baik dan mudah untuk kita belajar. Ambillah vitamin, madu lebah mahupun kismis setiap hari. Curilah sedikit masa untuk bersenam pada waktu petang, agar badan kita lebih cergas. Selangkan masa study kita dengan meregangkan badan, jangan jadikan study kita 'bosan' kerana otak kita akan kepenatan dan sukar untuk mengingati apa yang telah kita pelajari.


Semoga dengan peringatan yang serba sedikit ini dapat membantu rakan-rakan sekalian. Teruskan usaha, jangan stress, dan sama-samalah kita lakukan terbaik pada final exam ini. Semoga kita dapat sama-sama naik ke tahun 3 di HUKM kelak, insyaAllah =)

"Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar"
-surah Al-Baqarah, 2:153-

Sekian untuk kali ini.

Contoh-contoh Soalan : OBA,EMI,MEQ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Perhatian kepada semua pelajar perubatan Tahun 2, anda boleh dapatkan contoh-contoh soalan OBA,EMI,MEQ bagi GIT,Endocrine,Neuroscience dan Reproductive modules dalam 'File' "OBA,EMI,MEQ" dalam ruangan Your Download di bawah termasuklah contoh-contoh soalan MEQ semasa peperiksaan akhir semester 4 sesi 2008/2009....'Download' segera soalan-soalan ini sebagai latihan dan sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan kita yang lain dengan segera....bolehlah berbincang strategi menjawab soalan nanti..

Sekian,terima kasih...teruskan usaha anda dengan bersungguh-sungguh

Belanjawan Akhir Reproductive Module 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berikut merupakan kedudukan kewangan terkini setelah tamatnya Reproductive Module pada hari Jumaat lepas bagi semester terakhir tahun praklinikal 2010..

Baki terdahulu daripada Neuroscience Modul : RM 1621.58
Kutipan terkini Reproductive Module : RM 1218.00
Jumlah perolehan : RM 2839.58


Perbelanjaan
1-Jamuan Akhir Praklinikal 2008/2010 ( RM6.11 x 203 pelajar )
= RM 1240.9
2-Reproductive Module

Minggu 1 = RM 572.40
Minggu 2 = RM 380.40
Minggu 3 = RM 447.20
Jumlah = RM 1400.00

Jumlah perbelanjaan keseluruhan = RM 2640.90

Baki yang tinggal setelah tamat Reproductive Module = RM 198.68
(Baki ini dibahagikan dan dipulangkan semula kepada pelajar )



Sekian sahaja,selamat berjaya diucapkan kepada semua...jumpa di PPUKM!!!!

Saturday, March 27, 2010

Tempahan Vest

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada nama2 berikut:

CHANG WEI YENG

AHMAD HUD B MAHFOODZ

HARIKRISHNAN A/L SHANMUGANATHAN

JONATHAN RAJ A/L THANGARAJOO

HAREEVANAN A/L CHANDRAMOHAN

RUBAN A/L DAYALAN

THANUJA A/P RAMANATHAN

BOON WEI JIE

LEE WANG LOONG

ROOVEEN A/L PATHAMANATHAN

TARANJIT SINGH A/L RAM SINGH

MUHAMMAD HAZIM BIN SHARUM

LEE MEI SUNG

KOH SIEW LING

MOHD NORAZMI BIN ZULKIFLI

ADEEBA BINTI ABD RAHMAN

NURUL HAMIZAH BT AMRAN

NURUL ASHIQIN BT HASAN

MARDIYAH BINTI MOHD YUSOF

WONG LI WENG

YEO YU ZHEN


Sila bagi saiz vest fakulti perubatan dan nama pada vest (kalau nk tmbh nama)

saiz ada s,m,l,xl,xxl (saiz tu agak-agak je la)

Harga: RM30-xde nama, RM32-tmbh nama

Sila buat bayaran pendahuluan RM10 secepat mungkin.

Saiz baju dan nama boleh bagi pada Afniar (01397545731) atau afniar_ssshh@yahoo.com.my


Terima kasih.

Final Exam Revision Classes

Salam 1 Malaysia,

I would like to draw your attention that, PERSIAP with cooperation of BBA second year, are organizing revision classes as what had been done for the last few semesters. However, unlike the previous one, we decided to shorten the classes and compact them into only a half-day program, which will be on next monday, as we could hardly find the venue of the classes on the whole next week.

I believe most of us would rather stay inside our room and spend the study week revision on our own. Thus monday is the most suitable day we can think of, since it is the starting of the study week and doesnt interfere your preparation so much as compared to other days.

Upon the request from you in the survey forms that were distributed last week, we managed to get the helps from 4 capable and enthusiasic lecturers. The timetable of the revision classes on monday is as follows:-

Dewan Kuliah 4 ( Monday,29 March 2010 )
8.00a.m.-9.00a.m. = Prof. Datin Dr. Ilina Isahak on Virology of both GIT and Reproductive modules - Viral hepatitis and Congenital infections

9.00a.m.-10.00am = Assoc. Prof. Dr. Aminuddin on Physiology of Endocrine Module

Break

Dewan kuliah 2 ( Monday,29 March 2010 )
12.00p.m.-1.00p.m. = Prof. Datin Dr. Norhayati Mokhtar on Parasitology of GIT module.

1.00p.m.- 2.00p.m. = Assoc. Prof. Dr. Zaiton Zakaria on Physiology of Neuroscience modules and Lecture on CSL history taking.

The classes mentioned above will be held as a question & answer session, if possible. Thus for those who have some doubts on the topic/lectures that we are going to discuss on next monday, please kindly send your questions to Muhammad Hazim, (ketua BBA 2nd year) at joeblackatlantis@gmail.com before or on this Sunday to collect all the questions and send to lecturers before classes. Of course you can bring your question along with you if you present on monday.

The most important thing here is the lecture that will be delivered by Prof. Zaiton Zakaria regarding the skills on History Taking that most of us neglected on last semester. The lecture is sort of a general one, she will comment on what mistakes we had done during sem 1 year 2, she will also explain to us what she and other examiner expect from us during OSCE and other things that can't be found on our lecture notes and Talley O Conor, so think and consider about this.

For those who will not attend the classes, it's OK bcoz these are optional. However if you have questions that you would like to ask, please send to email address stated above as well, and you may ask your friends who attend the classes the answer provided by the lecturers.

Lastly, it is hoped that these classes benefit all, and all the best for the coming final exam, thank you and forward these informations to others as well.


Regards
Kan Chan Siang
Exco Akademik II
2010/2011
PERSIAP

Friday, March 26, 2010

Selamat maju jaya dari MPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia..





MPP fakulti perubatan mengucapkan semoga berjaya di dalam peperiksaan akhir semester dan selamat menempuh clinical year di semester yang akan datang.

Semoga kita semua berjaya lulus dan naik tahun bersama-sama.

Temuduga SPKG Bersama Felo Kolej

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Perhatian kepada semua pelajar perubatan Tahun 2 yang masih belum ditemuduga oleh Felo kolej,sila berhubung sendiri dengan felo anda untuk menetapkan tarikh,masa dan tempat temuduga dengan segera.Kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan markah SPKG anda akan ditolak...baik buat cepat..Jadi,apa-apa pertanyaan berkenaan SPKG,terus rujuk kepada felo masing-masing di bilik felo KTSN yang terletak di sebelah pintu masuk Dewan Serbaguna KTSN..


( semak nama felo di laman web http://smp.ukm.my/spkg/ )

Sekian buat kali ini...terima kasih


Thursday, March 25, 2010

Peperiksaan Akhir Modul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Peperiksaan akhir modul akan diadakan di TIBE,9AM-Neuroscience module,3PM-Reproductive module.
Perhatian kepada semua ketua PBL,berikut merupakan nombor dan jenis soalan yang telah ditetapkan untuk PBL anda bagi Neuroscience dan Reproductive Assessment esok.Tulis soalan atas kertas khas yang telah diedarkan oleh Exco Akademik BBA dan serahkan kepada mereka sebaik sahaja tamat peperiksaan di TIBE.Mintalah bantuan ahli PBL anda yang lain untuk ingatkan soalan...manalah tahu kalau-kalau tersilap..Berikan kerjasama yang terbaik ya..
NEUROSCIENCE & REPRODUCTIVE
MODULES
PBL 1 OBA question 1
PBL 2 OBA question 2
PBL 3 OBA question 3
PBL 4 OBA question 4
PBL 5 OBA question 5
PBL 6 OBA question 6
PBL 7 OBA question 7
PBL 8 OBA question 8
PBL 9 OBA question 9
PBL 10 OBA question 10
PBL 11 OBA question 11
PBL 12 OBA question 12
PBL 13 OBA question 13
PBL 14 OBA question 14
PBL 15 EMI theme 1
PBL 16 EMI theme 2
PBL 17 EMI theme 3
PBL 18 EMI theme 4
PBL 19 & 20 : MEQ

Sekian sahaja...salinglah membantu untuk kebaikan kita bersama...

Buletin Akademik: Andropause

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Andropause

The Andropause is the time in a man's life when the hormones naturally start decline usually during their late forties or early fifties. This decline continues into the eighties. Many have questioned whether the male menopause is more myth than reality. However, like women undergoing menopause, the decline in hormones in men result in them suffering from symptoms of the Andropause. However, like the menopause, symptoms of Andropause can vary from person to person.

Between the ages of 50 to 70, some men report symptoms such as erectile dysfunction (failure to achieve an erection), general tiredness, mood changes, night sweats and sometimes palpitations. Most men attribute erectile dysfunction to be the most significant event of the Andropause. Apart from erectile dysfunction, mood changes can take place too. Some patients of might have complained of nervousness, irritability and even depression. Other patients undergoing andropausal changes report the feelings of wanting to be closer to family and friends. Men often focus too intently on their career, money and power in their earlier life, often neglecting family and friends. In the andropausal years, men and take on a more "maternal" role, as if transitioning to become more motherly than fatherly. They become more concerned about their friends and family, as if regretting their former attitudes. It is interesting that many patients do not sense these changes in themselves, but rather it is women that notice this and tell that he is undergoing "the menopause"!

In andropausal men, night sweats and palpitations occur because of an overactive autonomic system in response to falling testosterone levels. To assess for hypogonadism, which is in part the clinical basis of the Andropause, the doctor will check for physical signs in men including hair loss particularly in the armpit and genitalia. Psychological tests may be carried out to rule out depression and other mood and cognitive changes.

Throughout the life of a male there are several psychological issues that he struggles with, and these challenges are often amplified during the time of the Andropause: -

1. His sexuality
2. His emotions
3. His mind
4. His courage
5. His productivity
6. His personality
7. His character
8. His boyish behaviors

In the andropausal years the mind becomes less sharp and nimble. The older male becomes less swift in mental calculations and his judgment is not as accurate as before. In more severe cases, the memory gets impaired too, and with time, dementia may even set in.The andropausal man may relive his childhood days, often to the amazement of his partner or spouse! The mischief may be an extramarital affair, a new red sports car, a sudden passion for toy train sets, riding a bicycle, which he hadn't done for years, and so on. Sometimes of these childish acts may even be mistaken for Alzheimer's dementia!

The Andropause is beginning to be accepted as part of aging. Coping strategies are important. Hormonal therapy for the symptomatic is available today but has to be carefully supervised by a physician.

Sekian.

Wednesday, March 24, 2010

Makluman daripada Alfatih: Exco Kebajikan PERSIAP

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Pengumuman 1

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu anda maklumi.

25 Mei 2010 –Tarikh pendaftaran KTDI dibuka. Senarai penempatan pelajar yang duduk dalam & luar akan dikeluarkan 2 minggu sebelum tarikh ini. Merit anda masih dalam pengiraan pihak JAKSA KTDI buat masa ini. Jadi, tunggu dan focus exam dulu.

26 Mei (malam) – Taklimat kolej

26 Mei hingga 4 Jun 2010 – Klinik asas. Ini wajib untuk semua.

28 Mei hingga 30 Mei 2010 – Orientasi Pelajar. Taklimat JAKSA dan PERSIAP

7 – 13 Jun 2010 – PPD Camp

14 Jun 2010
– start posting

Jadual akademik Tahun 3 akan dimaklumkan kemudian.

Pengumuman 2
Pihak Persiap menyediakan perkhidmatan lori untuk angkut barang-barang anda pada 25 Mei 2010 tersebut. Bas juga akan disediakan untuk ‘mengangkut’ anda. Setiap lori akan melalui semua kolej penempatan mengikut jadual yang akan dikeluarkan kemudian. Borang telah diedarkan dalam kuliah pagi tadi untuk anda memilih perkhidmatan ini.

Sesiapa yang belum/ tidak sempat mengisi borang tersebut, sila berbuat demikian dalam kuliah esok (Khamis : Pharmacological Aspect: Oxytocic & Tocolytic). Boleh juga terus sms kepada saudara Alfatih.

Tentang kebenaran penyimpanan barang semasa cuti di kolej belum lagi dipastikan. Akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi saudara Muhammad Alfatih (013-2528489) Exco Kebajikan 1.

“Kebajikan didahulukan, keselesaan diutamakan”

Akhir kata, selamat menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang dan sama-sama kita menaiki Tahun 3 dengan jayanya. InsyaAllah..

Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 23, 2010

Slip Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia

Perhatian kepada semua pelajar, anda boleh mula mengambil slip peperiksaan di pejabat akademik di tingkat 2 blok E bermula (Selasa)sehingga Jumaat selepas peperiksaan akhir modul.

Sila pastikan subjek yang tercetak di slip peperiksaan sama dengan apa yang didaftarkan
Kalau tak cukup maklumkan di pejabat dengan segera.

Sekian........

Friday, March 19, 2010

PBL Evaluation

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia


Perhatian kepada semua, di sini ingin diingatkan agar anda semua melengkapkan penilaian PBL di laman web akad.medic.ukm.my




Laman web ini mungkin akan ditutup pada akhir semester nanti.... jadi cepat-cepatlah melengkapkannya.


Sekian.

Thursday, March 18, 2010

Jamuan Akhir Semester Praklinikal 2009/2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera salam ceria dan salam bahagia

Pertamanya, terima kasih diucapkan buat semua yang hadir ke jamuan yang diadakan.
Terima kasih juga diucapkan buat Hazim,Lee Kee Tat dan Mizah serta semua MT BBA dan Exco BBA yang lain kerana telah merancang jamuan ini dan akhirnya berjaya dilaksanakan.














Banyak lagi gambar sebenarnya tapi blogger kedekut.. x dpt nak letak...

Kawan-kawan,semoga kemesraan dan hubungan persahabatan ini akan berkekalan....

Sekian.

Wednesday, March 17, 2010

Membentuk budaya pelajar cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia


Islam tidak terbatas dalam konteks ibadah sahaja, bahkan lebih luas dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Islam mengajar kita menjadi manusia yang terbaik, dari segi pemikiran, akhlak, sahsiah dan budaya kerja. Allah berfirman:

"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."
-surah At-Taubah, 9:105-

"Bekerjalah", merupakan kata suruhan yang cukup jelas dalam menekankan kepentingan bekerja, termasuklah belajar dan menuntut ilmu. Jika difahami suruhan ini, Allah dengan jelas telah menolak sifat malas dalam diri seorang muslim. Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk terus berusaha, untuk berjaya dalam kehidupan kita.

Setiap apa yang kita lakukan akan dihitung diakhirat kelak. Allah, rasulNya dan orang-orang beriman akan menjadi saksi atas setiap perlakuan kita didunia ini. Secara tidak langsung, ayat ini menekankan bahawa setiap perlakuan kita mestilah selari dengan perintah Allah, tidak melanggar apa yang dilarangNya.

"Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam."
-surah Al-An'am, 6:162-

Sebagai pelajar, keikhlasan dalam menuntut ilmu sangatlah penting. Jika kita belajar untuk mencari keredhaan Allah, maka tidak perlu ada rasa takut, kecewa dan berputus asa walaupun sebesar mana kesulitan yang kita hadapi. Kita mesti yakin bahawa Allah pasti akan menolong kita, jika benar apa yang kita lakukan ini untuk keredhaanNya.

Istiqamah dan bersederhana dalam melakukan kebaikan adalah lebih baik dan dituntut. Begitu juga ketika kita mengulangkaji pelajaran. Tidak perlu kita memaksa diri belajar dari larut malam hingga ke pagi, tetapi aturlah masa agar ianya tidak mengganggu masa tidur dan membolehkan kita fokus keesokan harinya.

Aisyah r.a. pernah menceritakan kisah seorang wanita yang berlebih-lebihan dalam solatnya. Rasulullah bersabda:
"Jangan begitu! Kerjakanlah sekadar mampu. Demi Allah, Dia tidak bosan memberikan pahala, sehingga kamu sendiri yang merasa bosan (mengamalkannya). Amal yang lebih disukai disisi Allah ialah amal yang dilakukan secara tetap dan teratur"
-sahih, riwayat Imam Bukhari-

Belajar juga termasuk sebagai salah satu ibadah, apabila kita niatkan keranaNya. Jika kita belajar dengan sebenar-benar ikhlas kerana Allah, insyaAllah diri kita akan lebih dekat kepadaNya.


InsyaAllah, semoga dengan peringatan dan perkongsian ini dapat membantu kita menjadi pelajar yang berjaya dunia akhirat. Sama-samalah kita rajinkan diri kita, ikhlas kerana Allah dan istiqamah dalam menuntut ilmu. Akhir kata, semoga berjaya dalam formative dan final exam. =)

Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah s.a.w. mengingatkan,
"Tuhan kalian berfirman: Wahai anak Adam (manusia sekalian)! Hendaklah kamu sibuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku penuhi hatimu dengan rasa cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki.

Wahai anak Adam! Janganlah kamu menjauhi dirimu daripadaKu, kerana tentu Aku penuhi hatimu dengan rasa serba tidak cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan kesibukan."
-sahih, riwayat al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi-

Sekian sahaja untuk kali ini.

Monday, March 15, 2010

Sistem Penilaian Kompetensi Generik ( SPKG )

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar,sila isi borang resume SPKG dan hantar ke pejabat FELO KTSN selewat-lewatnya pada hari Rabu ini, 17 MAC 2010...

Jadi,kalau belum ada lagi contoh resume,bolehlah 'download' di 'Your Download box' dibawah dengan segera....

Untuk maklumat berkenaan senarai penilai SPKG bagi mentor dan kolejan,layari website ni:

klik pada profil pelajar dan seterusnya klik senarai penilai...nanti terpampanglah senarai penilai bagi setiap kategori..isi cepat2..
Sekian dahulu,selamat mengisi dan menghantar..

Sunday, March 14, 2010

Belanjawan Neuroscience Module

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
berikut merupakan perolehan dan perbelanjaan Neuroscience Module,

Baki terdahulu daripada Endocrine Module = RM1588.39
Kutipan terbaru Neuroscience Module = RM2030.00


Jumlah yang diperoleh = RM 3618.39

Perbelanjaan Neuroscience Module:
Minggu 1 : RM 324.83
Minggu 2 : RM 712.00
Minggu 3 : RM 417.15
Minggu 4 : RM 219.00
Minggu 5 : RM323.83


Jumlah perbelanjaan Neuroscience Module = RM 1996.81
Jumlah baki yang dibawa ke modul seterusnya ( Reproductive Module ) = RM 1621.58

Sekian,terima kasih....

Oftalmoskop

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perhatian kepada sesiapa yang ada membeli oftalmoskop (pelajar perempuan sahaja) sila pergi ke hadapan KOOP pada pukul 6.00 petang (14 Mac 2010). Sila bawa duit sekali untuk bayar.

Untuk pelajar lelaki yang membeli oftalmoskop, oftalmoskop anda ada pada Khairul.
Sila berjumpa dengan Khairul untuk mendapatkan oftalmoskop anda.

Sekian.

Saturday, March 13, 2010

HE Set 48 Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia...

Perhatian kepada semua pelajar HE Set 48, pertama sekali, tahniah dan syabas kerana berjaya menganjurkan lawatan ke FRIM minggu lepas dan Green Explorace hari ini.

Satu mesyuarat berkenaan dengan post mortem akan diadakan pada hari esok, 14 Mac 2010 (Ahad) pada pukul 2 petang (selepas majlis perasmian Bumi Hijau) di Bilik Felo Conference (tepi Bilik Jaksa).

Semua pelajar HE Set 48 wajib hadir.

Sekian.

Pertukaran P/D/MES5

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia...

Untuk makluman semua, kelas P/D/MES pada hari Khamis, 25/3/2010; Laboratory Diagnosis of Infections of Reproductive System and Congenital Infections ditukar ke hari ISNIN, 22/3/2010 bermula pukul 2 petang hingga 4 petang.



Sekian.

Friday, March 12, 2010

HE49 : Panduan Mengisi Log Book (Penilaian Kumpulan)

1. Sila nilai rakan dlm department masing-masing. Jika kurang, letak sahaja mana-mana rakan dlm set49. Jika lebih orang dlm department, nilai 10 orang sahaja. eg: exco pemasaran menilai ajk nyer, kalo kurang amik shj exco/ajk lain.

2. Nama hendaklah diisi di mengikut NOMBOR, bukan nya GARISAN dalam setiap nombor,yakni, satu nombor satu orang dinilai.

3. Sila hantar buku log anda di pejabat felo di foyer DSG sebelum 11.59pm, Ahad 14 March 2010


Note: sebarkan pada rakan set49 lain..

Sekian,terima kasih...

Thursday, March 11, 2010

Program Green Explorace

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia...

Perhatian kepada semua pelajar HE Set 48, berikut merupakan perincian program Green Explorace. Semua pelajar HE Set 48 diwajibkan untuk menghadiri kesemua aktiviti-aktiviti berikut kecuali senaman aerobik (digalakkan).

Rehersal & Meeting Program Green Explorace
Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 2.45pm - 6.00pm
Tempat: KTSN, Titiwangsa (berkumpul di DSG)
* wajib hadir

Program Green Explorace
Tarikh : 13 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00am - 12.00pm
Tempat: KTSN, Titiwangsa (berkumpul di DSG)
* wajib hadir

Senaman Aerobik

Tarikh : 14 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 7.30am - 9.00am
Tempat: Volleyball Court
* digalakkan hadir

Majlis Perasmian Bumi Hijau

Tarikh : 14 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 10.30am - 1.00pm
Tempat: DSG KTSN
* wajib hadir

Postmortem Green Explorace & Lawatan ke FRIM dengan En Helmi

Tarikh : 14 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tempat: Dewan Kuliah Bangunan Kuning (Postgraduate) * tepi rumah pengetua
* wajib hadir

Marilah kita sama-sama menjayakan program kita ini dan settlekan semua benda dalam minggu ini. Lepas ini bolehlah kita tumpukan dalam pelajaran dan lulus dalam peperiksaan kita dengan warna yang berterbangan.

Sekian.

Tuesday, March 9, 2010

BULETIN AKADEMIK

Assalamulaikum dan salam sejahtera....sama-samalah kita membaca artikel ni untuk buletin akademik kali ni.....

HAIR LOSS............
There are a plethora of hair loss causes and reasons people lose their hair. Some of these reasons cause temporary hairloss, while others produce permanent hairloss. The reasons for temporary hairloss range from illnesses acquired, medications taken, and infections attained, to heightened stress levels, unbalanced diet, and traumatic events. The causes of permanent hairloss generally are due to hormonal imbalances and genetic associations. Whatever, the cause, the person experiencing the loss of their hair wants the very best hair loss treatment.

Temporary hairloss cases can usually be easily remedied. The first step in solving this problem is to identify which of many hair loss causes is the culprit. Discuss with your doctor all of the possibilities that could cause this hairloss. Mention any changes you have recently endured. Some possible hair loss causes include major surgeries, skin disorders, fevers, infections, thyroid disease, lack of iron and protein, high levels of stress, some medications, and traumatic life events. In the majority of cases, once the best hair loss treatment is determined and the root of the problem is brought under control, hair growth will then return to its normal patterns.
Women may experience temporary hairloss following pregnancy. The reason for this is because during the pregnancy term, the hormones of a woman’s body changes. Because pregnant women have elevated levels of progesterone and reduced levels of estrogen, hair will begin to fall into its resting stage too early. After childbirth, new hair will then begin to grow, causing the hair that is in its resting phase to shed. This typically occurs between three and six months post childbirth, and women will attain normal hair growth patterns following this temporary situation.

Permanent hairloss often has a lot to do with hormonal imbalances. Elevated levels of Dihydrotestosterone, or DHT, can cause hairloss. DHT is a male hormone that is also found in women in smaller amounts. Because hair follicles are ultra-sensitive to DHT, an excess of the hormone often causes the hair to fall out. Hairloss that is caused by DHT will need to be treated using one of several options. One option to treat this type of hairloss is by using the medication Propecia, which works to stop the production of DHT. This is the only type of oral medication that works to stop hair loss. Another option is hair transplantation surgery. This procedure replaces hair follicles that no longer produce hair with healthy hair follicles to produce a natural looking head of hair with the actual natural hair growth process.

Solutions to Hair Loss
Minoxidil Rogaine®
In the late 1970s, the drug company Upjohn introduced minoxidil – a prescription tablet used to treat severe blood pressure. Inadvertently, it was discovered that minoxidil reduced and, in some cases, regrew hair. In 1988, Minoxidil in a lotion form became the first pharmaceutical ever to be approved by the US Food and Drug Administration for hair growth. Marketed under the trade name Rogaine, a prescription was initially required. Rogaine helps to reverse hair follicle shrinkage, which characterizes inherited pattern hair loss.
Follicular Unit Transplantation Surgical Hair Replacement
Follicular Unit Transplantation is the latest, state-of-the art hair restoration procedure superseding Mini and Micro Hair Transplants, Flap Surgery and Scalp Reduction. It is the only treatment that provides a full, natural looking head of hair.
Follicular Unit Transplantation is only possible through the use of the stereo-microscope. The stereo-microscope is used to dissect the follicular units, which grow in naturally occurring groups of one to four hairs. The microscope ensures accurate and undamaged dissection.




Sekian untuk kali ni.....jaga kesihatan rambut tau..

Jamuan Praklinikal

Assalamualaikum dan salam ceria...


Jamuan Akhir Semester Praklinikal Tahun 2

Tempat: T1BE
Tarikh: 15 Mac 2010
Hari: Isnin
Masa: 2.00 petang


Semua pelajar tahun 2 dijemput dan dimestikan hadir

Sehubungan itu, diharapkan agar anda dapat melapangkan sedikit masa pada waktu tersebut dan hadir ke jamuan yang diadakan khas untuk anda semua.....

Sekian

Monday, March 8, 2010

Green Explorace

Assalamualikum dan salam sejahtera...



Perhatian kepada semua, pada Sabtu (13 Mac 2010) ini akan diadakan satu program Green Explorace di Taman Tasik Titiwangsa

Seperti yang tertulis di poster, setiap fakulti dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 2 pasukan

Yuran adalah RM5 untuk setiap pasukan yang terdiri daripada maksimum 5 orang
RM 5 juga dikenakan bagi pasukan yang kurang daripada 5 orang

Anda juga boleh malah dialu-alukan membuat pasukan yang terdiri daripada gabungan pelbagai fakulti

Hadiah menarik menanti anda

Sebarang pertanyaan sila hubungi Humaira (017-6304966)

Marilah sama-sama kita memeriahkan program ini.

Sekian.

Sunday, March 7, 2010

Makluman daripada Exco Kebajikan PERSIAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia


Makluman 1

Pihak PERSIAP telah menghubungi pihak JPA pada pada 3 Mac 2010. Pihak JPA memaklumkan kami bahawa biasiswa bagi pelajar perubatan UKM sedang diproses dan akan dibayar mengikut jadual akademik semester setiap tahun. Diharap ahli PERSIAP sekalian dapat bersabar. Jika ada yang memerlukan bantuan kewangan, anda boleh mendapatkan Borang Pendahuluan Biasiswa daripada Exco Kebajikan PERSIAP yang berupa pinjaman kewangan daripada pihak UKM. Borang akan diumumkan semasa minggu pertama sesi pembelajaran semester baru 2010/2011.

Berikut adalah antara beberapa SYARAT untuk pinjaman tersebut:

i) Mendaftar pada semester yang dipohon

ii) Sedang menerima tawaran biasiswa/ pinjaman

iii) Tidak berhutang pada semester sebelumnya

iv) Sila sertakan salinan keputusan peperiksaan terkini

v) Jumlah pendahuluan (pinjaman) ini akan dicaj dalam yuran pengajian semester yang sama

vi) Kadar maksimum pendahuluan adalah RM400.00

vii) Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar.

Urusan permohonan wang pendahuluan ini biasanya memakan masa selama 2 MINGGU.


Makluman 2

Kepada pelajar-pelajar yang tinggal di Sabah dan Sarawak yang belum menerima wang bayaran dalam akaun anda untuk tiket penerbangan balik daripada pihak JPA, sila beri nama dan no kad pengenalan pada Exco Kebajikan 1 untuk di adukan pada pihak JPA. Sebelum itu, sila pastikan yang anda sudah mengisi satu borang khas (untuk pelajar yang tinggal di Sabah Sarawak sahaja) semasa anda mengisi borang permohonan JPA pada Tahun 1 yang lepas. Pastikan juga alamat rumah pada kad pengenalan anda adalah di Sabah atau Sarawak.


Makluman 3

Semua pelajar tajaan JPA dikehendaki membuat salinan keputusan peperiksaan dan berikan kepada ketua BBA utk pelajar praklinikal dan ketua posting pertama setelah menduduki semester baru nanti untuk pelajar klinikal. Kerjasama anda akan memudahkan urusan dengan JPA termasuk memudahkan pembayaran pendahuluan bisiswa.


Makluman 4

Pihak PERSIAP ingin memperkenalkan Carta Alir Aduan Kebajikan bagi memudahkan ahli PERSIAP menyalurkan pertanyaan,membuat aduan atau memberi pendapat. Selain itu, terdapat penubuhan ’Skuad Badan Kebajikan’ (SBK) yang akan dilaksanakan setelah semester baru bermula. Ahli SBK akan dilantik dari kalangan ahli persiap untuk membantu pemantauan dan pengaliran aduan langsung kepada organisasi PERSIAP untuk menjamin kebajikan ahli PERSIAP.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh diajukan kepada Exco Kebajikan/Exco KCKL PERSIAP sesi 2010/2011.

Exco Kebajikan 1 – Muhammad Alfatih bin Pahrol (Tahun 2) – 0132528489

Exco Kebajikan 2 – Nur Aishah Abdul Latiff (Tahun 3) – 012 2225876

Exco KCKL – Muhammad Hanif bin Ibrahim (Tahun 1) – 013 3024803


Sekian..

Saturday, March 6, 2010

HE SET 48 : Lawatan ke FRIM (tambahan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia...

Perhatian kepada semua pelajar HE SET 48 yang akan pergi ke FRIM, anda dikehendaki membawa KAD MATRIK anda masing-masing. Ketidakbawaan kad matrik akan menyebabkan anda tidak dibenarkan masuk.
--Arahan daripada WONG--

Diharapkan agar maklumat ini dapat disampaikan kepada semua. Minta tolong kepada anda semua supaya saling ingat-mengingati.

Sekian.

Friday, March 5, 2010

Jadual Peperiksaan Semester 2 Tahun 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Ceria dan Salam Bahagia..

Berikut adalah jadual peperiksaan akhir untuk semester 2 tahun 2 untuk sesi 2009/2010:

(Klik untuk besarkan)

Harap semua peka tentang masa dan tempat peperiksaan diadakan


Sila berada di tempat peperiksaan sekurang-kurangnya 15 minit awal

Selamat Maju Jaya

Sekian

Thursday, March 4, 2010

HE SET 48 : Lawatan ke FRIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Ceria dan Salam Bahagia...

Perhatian kepada pelajar HE Set 48 di bawah program Lawatan ke FRIM, lawatan anda akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 7 Mac 2010.

Sehubungan itu anda dikehendaki berkumpul di FAKULTI pada pukul 7.45 pagi.
Bas akan bertolak pada pukul 8.00 pagi.
Siapa yang lambat akan ditinggalkan.

Sekian.

Pengumuman : CHC Module,MES,Test On Pbl

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Perhatian kepada semua ketua PBL,sila maklumkan kepada ahli PBL anda berkenaan maklumat berikut:

1-Case report dan Reflective writing CHC boleh upload di website berikut:

2-Untuk MES Neuropharmacology ( Khamis,4/03/2010 ),akan terbahagi kepada dua sesi..
8.00-9.00 pagi : LAB 1-6
9.00-10.00 pagi : LAB 7-13
MES akan dijalankan di makmal masing-masing...ikut waktu yang ditetapkan..
3-TEST ON PBL akan diadakan pada hari Jumaat,5/03/10 di TIBE pada jam 11.00am-12pm...
Kepada semua pelajar,sila berada di TIBE 10 minit lebih awal untuk memudahkan urusan..
Tambahan pengumuman,kepada PBL yang masih belum menjelaskan bayaran yang diminta BENDAHARI BBA,sila berbuat demikian dengan kadar segera sebelum Jumaat ini..
Sekian,terima kasih...beri kerjasama yerr..beritahu maklumat2 ni kepada rakan2 anda yang lain..

Wednesday, March 3, 2010

HE Set 50: Postmortem Program

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria, dan salam bahagia...

Pertamanya tahniah diucapkan kepada organisasi Festival Futsal 1 Malaysia kerana telah berjaya melaksanakan program pada Ahad yang lepas. Semoga segala usaha dan tenaga yang anda curahkan diberkati dan dirahmati.

Sehubungan itu, satu mesyuarat post mortem akan diadakan bersama En. Hukil Sino pada:
Hari: Jumaat
Tarikh: 5 Mac 2010
Masa: 4.30 petang
Tempat : T1BE


Sila bawa bersama buku biru untuk penilaian yang telah dibekalkan.
Kehadiran adalah diwajibkan


Sekian terima kasih.

Permohonan Online Penempatan Kolej Sesi 2010/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perhatian kepada semua pelajar fakulti Perubatan tahun 2 yang ingin tinggal di KTDI, anda dikehendaki mengisi borang permohonan untuk tinggal disana melalui laman web UPP (link ada di your link)

Borang permohonan boleh mula di isi mulai 25 Februari 2010 di laman web UPP

Tarikh akhir memasukkan maklumat adalah 8 Mac 2010

Senarai pelajar yang berjaya dipilih akan diumumkan di website pada 29 Mac 2010

Selepas itu anda akan dikehendaki membuat pengesahan penerimaan kolej pada 29 Mac 2010 hingga 6 April 2010

Ramai yang bertanya mengenai program- program anjuran jaksa,jadi di bawah adalah senarai jaksa yang bertanggungjawab atas setiap program:



JAKSA PEMANTAU PROGRAM SESI 2009/2010

Nama

Jawatan/ Portfolio

Program JAKSA

No. HP

Mohamed Ilyas Bin Hasan

YDP

Ambang 40 Tahun UKM

017-5600172

Zalikha Adila binti Zainuren

NAIB YDP 2

Minggu Mesra Pelajar

Malam Muhibah (KTSN 4)

Hari keluarga (KTSN 4)

013-9701438

Teong Lee Fang

NAIB YDP 1

Makan Malam Kolej

017-5152873

Noraniza Binti Ariffin

KEBAJIKAN DAN KHIDMAT LUAR

Kempen Keselamatan dan Keceriaan

013-2660511

Umi Nazira binti Khairuddin

INFORMASI & PENERBITAN

Bengkel Pengurusan Organisasi

Bicara Wanita

Bengkel Fotografi

013-2503049

Chew Wei Lun

KEUSAHAWANAN

Ihya Ramadhan

012-7100544

Visakha Tan Shann Nee

AKADEMIK

Pemantapan Akademik

Bengkel Pengurusan Organisasi

Program Pengenalan Sistem Penilaian Kompetensi Generik(SPKG)

017-4501525

Izzah Azreena Binti Azizan

HAL EHWAL LUAR & ANTARABANGSA

English Speaking Zone

017-4336985

Azmawi Bin Punari

SUKAN & REKREASI

SUKEM

Bumi Hijau

012-3373537

Asheila Ak Meramat

KEBUDAYAAN

Ambang 40 Tahun UKM

013-4258645

Indira A/P Madhavan

INTEGRASI & PERPADUAN KAUM

Ambang 40 Tahun UKM

017-6907691

Wan Nurul Ashikin Binti Wan Mohamad

HAL EHWAL MAHASISWA & SUMBER MANUSIA

Minggu Pengenalan Kelab

AGM Kelab

Bakti Siswa

013-2858895

Nur Ili Binti Mohamad Tarmizi

KEROHANIAN DAN SIVIK

Ihya Ramadhan

Bulan Pengenalan Islam

014-5119644

Selamat mengisi..

Sekian

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.