Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia
Makluman 1
Pihak PERSIAP telah menghubungi pihak JPA pada pada 3 Mac 2010. Pihak JPA memaklumkan kami bahawa biasiswa bagi pelajar perubatan UKM sedang diproses dan akan dibayar mengikut jadual akademik semester setiap tahun. Diharap ahli PERSIAP sekalian dapat bersabar. Jika ada yang memerlukan bantuan kewangan, anda boleh mendapatkan Borang Pendahuluan Biasiswa daripada Exco Kebajikan PERSIAP yang berupa pinjaman kewangan daripada pihak UKM. Borang akan diumumkan semasa minggu pertama sesi pembelajaran semester baru 2010/2011.
Berikut adalah antara beberapa SYARAT untuk pinjaman tersebut:
i) Mendaftar pada semester yang dipohon
ii) Sedang menerima tawaran biasiswa/ pinjaman
iii) Tidak berhutang pada semester sebelumnya
iv) Sila sertakan salinan keputusan peperiksaan terkini
v) Jumlah pendahuluan (pinjaman) ini akan dicaj dalam yuran pengajian semester yang sama
vi) Kadar maksimum pendahuluan adalah RM400.00
vii) Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar.
Urusan permohonan wang pendahuluan ini biasanya memakan masa selama 2 MINGGU.
Makluman 2
Kepada pelajar-pelajar yang tinggal di Sabah dan Sarawak yang belum menerima wang bayaran dalam akaun anda untuk tiket penerbangan balik daripada pihak JPA, sila beri nama dan no kad pengenalan pada Exco Kebajikan 1 untuk di adukan pada pihak JPA. Sebelum itu, sila pastikan yang anda sudah mengisi satu borang khas (untuk pelajar yang tinggal di Sabah Sarawak sahaja) semasa anda mengisi borang permohonan JPA pada Tahun 1 yang lepas. Pastikan juga alamat rumah pada kad pengenalan anda adalah di Sabah atau Sarawak.
Makluman 3
Semua pelajar tajaan JPA dikehendaki membuat salinan keputusan peperiksaan dan berikan kepada ketua BBA utk pelajar praklinikal dan ketua posting pertama setelah menduduki semester baru nanti untuk pelajar klinikal. Kerjasama anda akan memudahkan urusan dengan JPA termasuk memudahkan pembayaran pendahuluan bisiswa.
Makluman 4
Pihak PERSIAP ingin memperkenalkan Carta Alir Aduan Kebajikan bagi memudahkan ahli PERSIAP menyalurkan pertanyaan,membuat aduan atau memberi pendapat. Selain itu, terdapat penubuhan ’Skuad Badan Kebajikan’ (SBK) yang akan dilaksanakan setelah semester baru bermula. Ahli SBK akan dilantik dari kalangan ahli persiap untuk membantu pemantauan dan pengaliran aduan langsung kepada organisasi PERSIAP untuk menjamin kebajikan ahli PERSIAP.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh diajukan kepada Exco Kebajikan/Exco KCKL PERSIAP sesi 2010/2011.
Exco Kebajikan 1 – Muhammad Alfatih bin Pahrol (Tahun 2) – 0132528489
Exco Kebajikan 2 – Nur Aishah Abdul Latiff (Tahun 3) – 012 2225876
Exco KCKL – Muhammad Hanif bin Ibrahim (Tahun 1) – 013 3024803
Sekian..
No comments:
Post a Comment