Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ceria dan salam bahagia
Alhamdulillah, sungguh pantas masa berlalu, akhirnya tamat sesi pembelajaran semester ke-4. Sudah tentu kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi final exam, membaca nota-nota kuliah, berbincang dengan rakan, bertanya pada pensyarah.
InsyaAllah untuk post kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit peringatan, buat diri kita yang sentiasa lupa, agar peperiksaan yang akan kita hadapi ini mendapat rahmat dan keberkatan Allah.

Seperti biasa, apabila menjelangnya 'musim' peperiksaan, kita mestilah lebih mendekatkan diri kita kepada Allah. Jika sebelum ini kita jarang turun surau, mulai sekarang kita tanamkan azam untuk sentiasa berjemaah disurau. Perbanyakkan solat sunat dan berdoa kepada Allah, terutama di sepertiga malam yang terakhir, kerana waktu itulah doa-doa kita mudah untuk dimakbulkan Allah. Mohonlah keampunan, kejayaan dalam peperiksaan, dan tanamkan azam untuk menjadi lebih baik lagi dimasa akan datang.(tapi jangan waktu exam je, teruskan walaupun selepas exam)
Diberitakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman 'Barang siapa berdoa kepadaKu, akan Kuperkenankan doanya. Barang siapa meminta kepadaKu, akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun, akan Ku ampuninya."
-sahih riwayat Bukhari, bab Solat Tahajud-
Yang kedua, mohonlah keampunan dan doa daripada kedua ibu bapa kita. Bagi yang tinggal berdekatan, pulanglah sebentar, bagi yang jauh, telefonlah mereka. Tanyakan khabar, mohon kemaafan, dan ucapkan terima kasih kepada mereka. Sesungguhnya yang membantu kita untuk hidup dan berjaya hingga kini adalah atas usaha dan doa daripada ibu bapa kita juga. Pastikan kita sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan mereka.
"Dan Kami perintahkan (wajibkan) manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kamu dikembalikan"
-surah Luqman, 31:14-
Ketiga, menjaga waktu tidur dengan baik. Ramai pelajar yang suka menghabis waktu malamnya sehingga ke pagi, lebih teruk apabila ada yang menggunakan waktu itu untuk bermain game dan menonton movie. Susunlah masa kita dengan lebih teratur, kerana malam itu telah Allah jadikan untuk kita berehat. Malah sebagai bakal doktor, kita patut lebih tahu berapa lama waktu yang secukupnya untuk kita tidur.
"Dialah yang menjadikan malam bagimu, agar kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sungguh, yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar (dan mengambil pelajaran darinya)."
-surah Yunus, 10:67-
Yang terakhir dari saya, jagalah kesihatan kita dengan baik. Pastikan kita minum air kosong (masak/mineral) secukupnya, agar fisiologi tubuh kita sentiasa dalam keadaan baik dan mudah untuk kita belajar. Ambillah vitamin, madu lebah mahupun kismis setiap hari. Curilah sedikit masa untuk bersenam pada waktu petang, agar badan kita lebih cergas. Selangkan masa study kita dengan meregangkan badan, jangan jadikan study kita 'bosan' kerana otak kita akan kepenatan dan sukar untuk mengingati apa yang telah kita pelajari.
Semoga dengan peringatan yang serba sedikit ini dapat membantu rakan-rakan sekalian. Teruskan usaha, jangan stress, dan sama-samalah kita lakukan terbaik pada final exam ini. Semoga kita dapat sama-sama naik ke tahun 3 di HUKM kelak, insyaAllah =)
"Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar"
-surah Al-Baqarah, 2:153-
Sekian untuk kali ini.

No comments:
Post a Comment