Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Wednesday, March 24, 2010

Makluman daripada Alfatih: Exco Kebajikan PERSIAP

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Pengumuman 1

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu anda maklumi.

25 Mei 2010 –Tarikh pendaftaran KTDI dibuka. Senarai penempatan pelajar yang duduk dalam & luar akan dikeluarkan 2 minggu sebelum tarikh ini. Merit anda masih dalam pengiraan pihak JAKSA KTDI buat masa ini. Jadi, tunggu dan focus exam dulu.

26 Mei (malam) – Taklimat kolej

26 Mei hingga 4 Jun 2010 – Klinik asas. Ini wajib untuk semua.

28 Mei hingga 30 Mei 2010 – Orientasi Pelajar. Taklimat JAKSA dan PERSIAP

7 – 13 Jun 2010 – PPD Camp

14 Jun 2010
– start posting

Jadual akademik Tahun 3 akan dimaklumkan kemudian.

Pengumuman 2
Pihak Persiap menyediakan perkhidmatan lori untuk angkut barang-barang anda pada 25 Mei 2010 tersebut. Bas juga akan disediakan untuk ‘mengangkut’ anda. Setiap lori akan melalui semua kolej penempatan mengikut jadual yang akan dikeluarkan kemudian. Borang telah diedarkan dalam kuliah pagi tadi untuk anda memilih perkhidmatan ini.

Sesiapa yang belum/ tidak sempat mengisi borang tersebut, sila berbuat demikian dalam kuliah esok (Khamis : Pharmacological Aspect: Oxytocic & Tocolytic). Boleh juga terus sms kepada saudara Alfatih.

Tentang kebenaran penyimpanan barang semasa cuti di kolej belum lagi dipastikan. Akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi saudara Muhammad Alfatih (013-2528489) Exco Kebajikan 1.

“Kebajikan didahulukan, keselesaan diutamakan”

Akhir kata, selamat menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang dan sama-sama kita menaiki Tahun 3 dengan jayanya. InsyaAllah..

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.