Assalamualaikum & salam sejahtera.......
Perhatian kepada semua penghuni K1 KTSN terutamanya yang duduk di bilik yang sedang diubah suai. Di sini diingatkan kpd semua untuk menjaga barang-barang anda dengan baik kerana dalam masa terdekat ini, pihak pejabat akan mula untuk memasukkan almari dan segala macam barang ke dalam bilik anda.
Diharapkan agar semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Simpan barang anda di tempat yang selamat dan pastikan ianya tersusun supaya memudahkan proses pemindahan barang tersebut. Simpan barang berharga anda di tempat yang sepatutnya untuk mengelakkan barang tersebut daripada hilang.
Bukan nak kata pekerja tu nak curi tapi sebagai langkah berjaga-jaga jer.
Barang anda, tanggungjawab anda.
Sekian,Terima kasih...
No comments:
Post a Comment