Alhamdulillah, syukur diucapkan kerana petang tadi pengetua kolej Dr. Ruzita telah mengumumkan bahawa tempoh kuarantin untuk pelajar yang tinggal di KTSN telah tamat. Pengetua mengumumkan berita ini di hadapan para pelajar di Dewan Serbaguna(DSG) pada pukul 7 malam selepas menerima mesej daripada Naib Canselor UKM iaitu Professor Datuk Dr. Sharifah Hapsah.
Segala pujuk rayu anda semua berhasil...




Sebelum mengakhiri ucapan beliau, beliau telah meluahkan perasaan beliau di mana beliau merasa kecewa terhadap segelintir pelajar yang hanya mendiamkan diri semasa sakit dan tidak memberitahu beliau. Beliau tambah kecewa apabila beliau mendapat berita bahawa terdapat pelajar yang sakit melalui orang luar yang tidak duduk di KTSN.
Beliau juga berasa kecewa dengan sikap pelajar yang suka membangkang dan pada pandangan beliau itu adalah satu tindakan yang tidak menghormati beliau sebagai pengetua dan orang yang lebih dewasa. Diharapkan kepada sesiapa yang bertanggungjawab dapat memperbetulkan keadaan dan memohon maaf kepada pengetua walaupun diakhir ucapan beliau, beliau telah mengatakan bahawa beliau telah memaafkan pelajar terbabit. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
Terdahulu sebelum itu, para pelajar telah dikumpulkan di DSG untuk mendengar taklimat daripada Dr. Nordiah Awang Jalil. Beliau telah menerangkan perkembangan wabak ini daripada ia mula dikesan sehinggalah hingga WHO mengistiharkan tahap pendamik 6 pada wabak ini. Beliau juga memberitahu langkah-langkah yang perlu diambil antaranya menghindarkan diri dari tempat yang sesak, tutup mulut semasa batuk atau bersin dan social distancing iaitu mengasingkan diri apabila terdapat ILI pada diri anda.
Beliau juga turut mengajar para pelajar cara yang betul untuk membersihkan tangan dengan menggunakan sabun dan alkohol .Sehubungan itu, pihak kolej telah membekalkan sabun dan alkohol di sekitar kolej bagi memudahkan para pelajar untuk membersihkan tangan.
Antara slide taklimat daripada Dr. Nordiah
Sekian untuk kali ini...
No comments:
Post a Comment