Countdown Peperiksaan Ikhtisas Akhir 2012/2013

Tuesday, July 28, 2009

H1N1 update

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini sekali lagi para pelajar dikumpulkan bagi mendengar taklimat atau maklumat terkini mengenai kes yang berlaku di K1 KTSN. Hari ini, Timbalan Naib Canselor(TNC), Datuk Dr. Mohammad Abdul Razak turut serta untuk menyampaikan taklimat kepada para pelajar diiringi bersama pengetua kolej, Dr. Rozita dan Encik Alau. Perjumpaan diadakan di kafeteria lebih kurang pada pukul 4.30 petang.

Datuk Dr. Mohammad Abdul Razak sedang menyampaikan taklimat


Menurut beliau, memang terdapat kes positif H1N1 di KTSN tetapi tidak dinyatakan bilangan sebenarnya. Oleh itu, pihak kolej mengambil langkah "institutional quarantine" yang mana semua pelajar akan dikuarantin di dalam kolej dan tidak dibenarkan keluar selama 1 minggu. Ini kerana jika pulang ke rumah mungkin akan membahayakan keluarga di rumah dan tiada orang yang akan memantau keadaan anda jika berada di luar kolej.


Menurut beliau rawatan untuk penyakit ini adalah "tenang dan jangan panik". Beliau mengulang ayat ini sebanyak 3 kali. Tambah beliau lagi, tempoh kuarantin tidak akan dipanjangkan dan jika keadaan ini berulang lagi pada masa akan datang, kuarantin tidak akan diadakan lagi tetapi tindakan lain yang akan diambil.


Kelas untuk sepanjang minggu ini dibatalkan dan sebarang perubahan jadual akan diuruskan oleh dekan fakulti masing-masing. Jika ada keluarga yang ingin melawat anda adalah dibenarkan tetapi dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal dan memakai topeng muka.


Beliau juga mengingatkan para pelajar supaya memahami keadaan yang berlaku dan tidak merungut kerana keadaan kita di kolej adalah lebih memuaskan berbanding dengan orang lain yang dikuarantin di luar sana.


Sementara itu, PERSIAP telah membekalkan topeng muka untuk semua pelajar perubatan sebagai inisiatif untuk mengelakkan wabak ini daripada merebak. Anda boleh mendapatkan topeng muka ini daripada Khairul bagi lelaki dan Ufairah bagi wanita.



Topeng muka yang dibekalkan oleh PERSIAP


Sekian untuk kali ini..

No comments:

Post a Comment

Your Download

Would like to contribute any files?Please send it via email to publisitibba0813@yahoo.com.The files will be considered to be uploaded.